Wednesday, September 29, 2010

HARI YANG BAIK

Hurmmm hari nie, saya dapat banyak sangat pengalaman *banyak yang tersangat banyak^_^. Pertamanya saya dapat pengalaman ala-ala cikgu jasmani kat sekolah, sebab hari nie saya tolong kawan saya kutip data tok tesis dia, kawan saya tue ambik course sains sukan.


Orang kaunseling yang telah bertukar ke bidang sukan haha. Seronok juga buat aktiviti luar, walaupun panas tapi rasa macam bebas jak, tak perlu la nak ngadap ruang segi 4, kat luar nie boleh pandang sejauhmana kamu nak pandang, huh! satu perasaan bebas yang sukar tok digambarkan hehe.








Nie lagi tugas tambahan saya, jadi makcik kantin jual air aiyoooo. Makcik kantin yang berdedikasi nie hak3


Siap segala pengumpulan data, kami pun pulang tapi singgap jap kat kedai makan tok minum2. Oh ya bercakap pasal proses collect data tue, hari nie saya kena bekerja dengan benda2 yang tak pernah saya jumpa lagi, aduhai a bit like a jakun la huhu. Baru saya tau ada alat tok ukur kelenturan badan para atlit, bila saya ukur saya punye kelenturan badan cuma dapat 34cm jer*hurmm aku tak tau macam mana nak terang kat korang macam mana aku boleh dapat amount tue, sebab lupa la pula nak ambik gambar bendalah tue tadi. Banyaklah perkara baru yang saya temui tadi tapi tak tau macam mana nak terang*penyakit betul kan=(

On the way balik kolej kediaman, kawan yang minta tolong saya tok bantu dia collect data tue pun bercerita la tentang hal2 terjadi sebelum dan semasa dia nak pergi kerja lapangan nie, yang mana dia cerita pasal kawan2 lain yang tahu tumpang senang orang lain dan aniaya kawan lain, kawan yang tak tahu bertolak ansur dan tahu memuncungkan mulut saja bila ada hal yang tidak disukai *sigh perkara yang biasa berlaku nie sebenarnya. Saya hairan dan tak faham lah napa ada manusia yang begitu!!, yang selfish sangat2.

Hari nie juga ada orang minta maaf dengan saya pasal hal yang berlaku hampir 2 tahun yang lepas kot*saya pun dah tak ingat lagi hal tue sebenarnya. He's my ex-boyfriend actually. Lama sudah saya maafkan dia sebenarnya, mungkin sebab dia rasa bersalah dalam hal nie so dia masih lagi ingat hal nie, ermm pity you boy! Betapa sakit dan sedihnya saya bila hubungan kiteorang bermasalah, tapi sekarang saya sudah kuat^_^...

ok2 stop mengumpat! sori ya en.Blog, mesti kamu dah nak muntah dengar segala 1000 1 macam hal yang saya cerita kat kamu kan=(....ok, rehat la kamu, esok saya akan bercerita lagi ngeeeeeeeeee^_*



No comments:

Post a Comment