Saturday, September 18, 2010

farewell

Dear blog,


Man's feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and of farewell. 
 ~Jean Paul Richter

Saya pernah mengadukan dalam entri yang sebelumnya pasal saya tak suka dengan kedatangan adik dan kawan adik kepada housemate sayakan sebelum ini. Mula2 memang rasa tak selesa sangat, kami masing-masing buat hal sendiri, saya selepas masak dan habis makan akan terus masuk ke bilik(untuk hari pertama dan setengah hari ke-2). Aduh memang agak rasa tertekan la=(. Sehingga saya, setengah hari ke 2 selepas habis makan saya tak nak terus masuk bilik tapi saya mula nak berbual mesra dengan mereka, tengok2 kami dah boleh bergelak ketawa, wahhh!time nie dah mula rasa kemesraan dan tekanan pun hilang!hehe.

Syukur dalam tempoh masa 2 minggu nie, kami telah spend masa bersama dengan sebaik mungkin cuma bazir jer 1day N half tue kami buang begitu saja(engine kemesraan lambat panas!). Setiap hari penuh dengan gelak ketawa, banyak perkara lucu berlaku, sampaikan tak sedar pejam celik pejam celik, hari nie mereka berdua sudah balik semula ke tempat study mereka semula=(.....ya saya sedih sangat sekarang, terasa kehilangan seorang kawan, walaupun  tempoh perkenalan tidak lama tapi padat dengan kenangan yang manis, owh..so sweet.

Saya bukan tak suka tapi memang sangat tak suka untuk pergi ke tempat baru ataupun perlu menyesuaikan diri dengan orang sekeliling yang baru dikenali, saya lambat mesra tapi bila saja saya dan orang  yang baru saya kenali mula mesra satu lagi masalah timbul, saya sangat sedih untuk berpisah! Ya, tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan, oleh kerana adanya pertemuan sebab itu juga adanya perpisahan OLEH ITU saya kurang selesa dengan dua perkataan ini iaitu PERTEMUAN dan PERPISAHAN=(



tWinkle..tWinkle little star


gimme ur hand, i wanna hold it, so we can walk together=)

Without wearing any mask we are conscious of, we have a special face for each friend.  ~Oliver Wendell Holmes


In my friend, I find a second self.  ~Isabel Norton




Bern N me....i remember germany i will remember this girl~bern haha, what a so fanatic wif germany

3 of us~~bern, me , rachel

No comments:

Post a Comment