Thursday, September 16, 2010

Rapunzel In Trouble

Dear blog,

Pagi yang pada mulanya ku sangka tenang tiba2 menjadi kelam bila rapunzel bagi msg kat FB minta saya call dia kejap, dalam hati saya dah buat andaian mesti dia ada masalah kat sana....ya, bingo!memang betul dia sedang sedih apabila mama marah pasal pergi rumah kazen lama sangat, tambah lagi sampai dia terpaksa ponteng kelas driving! Aduhai mana tak mama marah, mula2 saya pun rasa macam nak marah dia juga tapi bila dengar dia nangis *sigh* terus terbatal niat saya nak tumpang sekaki ngan mama nak marah dia.

Dia sedih bila mama marah tanpa usul periksa[melampau juga mama off call sebelum sempat rapunzel nak terang apa2]. Hurmmm.....tak tau la saya nak cakap apa pasal hal nie, sebab terlampau banyak masalah lain sampai saya pun dah lali kalau setakat kena marah[terutamanya dengan mama, sebab bagi saya mama marah tak apa tapi kalau orang lain yang marah2 saya barulah saya akan terasa hati yang amat sangat]

Adakah hari ini akan terus kelam sepanjang hari? Atau adakah ia akan berubah? Saya pun tak pasti lagi bagaimana perjalanan hari saya pada hari ini *sigh*.

No comments:

Post a Comment