Monday, September 27, 2010

FLASH BACK

Hari nie isnin, esok selasa, lusa rabu tengok2 dah sampai ahad then berulang lagi hari isnin hurmm begitu cepat masa berlalu, kadang2 kita tak sedar dah sampai hujung bulan, kemudian masuk pula ke bulan yang baru, pejam celik pejam celik dah bertukar ke 1 tahun yang baru pula. Kalau kita tidak menghargai setiap detik setiap hari yang mendatang memang betul2 rugi, sebab ia tak akan berulang lagi, sebab saya berasa sangat menyesal tak mula menulis blog sejak hari pertama saya masuk ke Universiti, kalau tidak boleh la saya berkongsi setiap pengalaman pahit manis yang berlaku sepanjang saya bergelar pelajar universiti.

Sangat banyak pengalaman lucu, sedih, pahit dan manis yang saya alami sepanjang belajar disini, salah satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila2 ialah pengalaman kali pertama naik bus khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar pergi ke pekan, yang mana seorang daripada kawan saya hampir2 pulang dengan berKAKI AYAM sebabnya selipar dia tertanggal bila berebut-rebut nak naik bus aduhaiiii lawak2 hahaha, dia pula dengan selambanye nak terus berkaki ayam balik ke kolej kediaman, kalau la seorang lagi kawan saya tak jumpa selipar dia yang berada kat bawah bus memang sah2 dia balik tanpa selipar hahahaha...

Nie lagi satu citer yang saya rasa sangat lucu la, dan kebetulan kawan saya yang hampir balik dengan berkaki ayam tue juga la yang buat hal. Citer nie berlaku dalam bulan puasa. 1 petang tue, saya dan kawan kaki ayam tue dan 2 orang lagi kawan saya kena pergi jual cenderahati sempena bulan ramadhan [sebab kami ber4 ialah AJK blok kediaman] ke blok kediaman yang lain di seluruh kolej kediaman, jalan punye jalan, kami terjumpa 1 pokok sireh....saya tanya kat mereka ber3 tue, macam mana la rasa sireh, pastu mereka ber3 tue cakap sireh nie rasa pedas, mungkin sebab ekspresi muka saya yang macam tak percaya dengan penjelasan mereka ber3, lantas kawan kaki ayam saya tue tanpa rasa bersalah petik 1 daun sireh then masukkan dalam mulut *masa tue kiteorang terlupa sekejap yang dia tue berpuasa, then sesaat kemudian, kawan saya seorang tegur "eh kamu tak puasa ker?"......."alamak! phuihhhhhh!!"...hahaa....kalau la kawan saya tak tegur memang selamat la daun sireh tue masuk ke dalam perut dia kah3, kami ber4 gelak sampai merah2 muka, sampai terduduk, saya sendiri termuntah-muntah sebab terlampau gelak aduhaiiii, buat lawak betul la kawan saya tue....

Sebenarnya ada 1000 1 lagi kisah lucu sepanjang kami bersama tapi ada yang saya lupa=(.......


Tak pernah2 hias kek, tapi sebab ada kawan yang sudi temankan saya untuk cuba benda yang baru, so ini la jadinya, saya dan seorang kawan saya ikut pertandingan menghias kek, dengan ilmu menghias yang 0 di dada^_^


ini lah hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
ta....da.....





Nie satu lagi perkara yang tak pernah saya buat, iaitu cipta tanglung. Sebab nak bagi sokongan kat seorang kawan kiteorang yang merupakan pihak penganjur pertandingan nie, so saya  dan dua orang kawan saya pun cuba nasib la ikut pertandingan nie akhirnya kiteorang berjaya dapat no 1...haha...rezeki2....kalah budak cina yang turut sama ikut pertandingan nie.






 Idea last minute akhirnya menghasilkan ini.

No comments:

Post a Comment