Showing posts with label StudentLife. Show all posts
Showing posts with label StudentLife. Show all posts

Friday, October 22, 2010

THESIS PUNYE PASAL

Dear blog,

weeehoooooo......lapangnya dada bila dah abis bentang dapatan thesis, mana taknya kerana thesis nie terpaksa berkorban banyak perkara~~~tidur tak cukup[itu sudah semestinya=(! ], terpaksa banyak kali skip class[dah la sem nie semua subjek yang saya suka, so agak kecewa la bila tak hadir kelas], rehat hampir takde[punye la sakit badan] tapi yang peliknya makan sangat kenyang BUKAN KENYANG KERANA MAKAN NASI YER TAPI KENYANG MAKAN THESIS!nyum nyummmm.....sebab tu langsung tak rasa lapar walaupun seharian tak jumpa nasi huhu.

menghilangnya saya selama beberapa hari ini adalah kerana berjuang tok siapkan thesis ni la, tapi tu pun ada 2 kali lagi kena hantar draf selepas tamat pembentangan dapatan arrrrr! kalau dibandingkan dengan course lain, course kiteorang memang sangat teruk, orang lain takyah nak sibuk2 membentang proposal dan dapatan tapi kami MESTI!

Huh!leganye bila dah abis bentang petang tadi, lega kerana sudah diluluskan meneruskan penulisan bab terakhir yeeyyyyyeee. masa belum bentang punye rasa macam nak pecah jantung, takut penilai bagi komen2 yang melampau dan sampai tak dapat nak jawab, tapi syukur dapatan saya bolehd diterima dan valid=)

alamak mata dah nak hampir tertutup nie, mengantuk sangat sebab semalam tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 8 pagi then stay up till now!

Saturday, October 16, 2010

Overload!

Dear blog,

keletihan keletihan keletihan............yang teramat sangat!! Dah 3 minggu tak dapat menikmati cuti hujung minggu, sibuk dari hari isnin hingga ke ahad, ada saja program atau aktiviti yang berlangsung dan tidak ada pengecualian pula tue=(.


Di tambah lagi dengan bebanan thesis, dah berapa kali kena berulang-alik ke tempat kajian dan ini belum lagi kena analisis data, kena buat transkrip la, kena masukkan segala data nie dalam sistem khas pula aduhaiii banyaknye keja. Muka pun dah macam orang sakit, lingkaran bawah mata yang hitam coklat pekat berkilat, muka dan bibir yang kekeringan. Kalau badan menyusut takpa tapi nie menaik ada la, mayb pabila tension dengan keja yang overload plus pocket yang hampir empty = makan banyak!





Thursday, October 14, 2010

BURN OUT

Dear blog,

Agak lama jugak tak update blog nie hurmm sebab terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan yang berlambak dan sangat2 meminta untuk dibereskan memandangkan hanya tinggal 2 minggu kuliah lagi sebelum abis semester nie, ada 2 tugasan perlu di submit hujung minggu nie, ada 2 pembentangan juga untuk hujung minggu nie serta perlu analisis data bagi kajian saya(thesis), aduhai betul2 tak menang tangan dibuatnya tapi nak buat macam mana itulah tanggungjawab sebagai seorang pelajar(ayat positif giler hehe).

Selain dipeningkan dengan tugasan yang melambak di tambah pula dengan masalah kewangan(pocket kosong giler huhu) almaklum la untuk sem nie saya perlu banyak kali kena outstation so banyak juga la duit yang diperlukan[sori mama & abakT_T], nasib la family sangat faham keadaan saya, malah mama siap bagitau lagi kalau duit tak cukup mesti bagitau-family paling risau kalau saya terpaksa kebulur kat sini(setakat nie belum penah lagi la saya terpaksa makan maggi kerana takde duit tok makan, makan maggi pun sebab suka2 hehe).

sebenarnya, hari nie saya terasa rindu sangat dengan family especially mama dengan abakT_T, mungkin sebab agak tertekan dengan situasi sekarang maka jiwa pun sedikit kacau la, tak sabar saya nak abiskan tok sem nie, saya nak menikmati cuti sepuas-puasnya di rumah, boleh buat apa yang disukai, tak tertekan dengan segala tugasan dan perlu risau pasal duit[kalau kat sini bangun pagi jer mesti pasal duit duit duit huh!].

Tinggal 2 minggu lagi kuliah then cuti selama 3 minggu-cuti study weeks N cuti khas, kemudian final exam[23-30/11/2010], ingat nak balik dalam 6/12/2010[ticket flite tak beli lagi aduhai.....]. Harap2 sebelum final exam, thesis saya dah settle segala...amen.


Mama, abak, rapunzel, gaara N naruto-------------->miss u all so muchhhhhh!

Friday, October 8, 2010

HIDUP MEMANG MISTERI & ANEH!

perjalanan hidup memang penuh misteri dan keanehan tidak kira siapa kamu temui atau apa saja yang kamu lalui semuanya tidak sama setiap hari. pendirian dan tanggapan kita juga selalu berubah-ubah, hari nie kamu berpegang teguh nak amalkan cara hidup sihat tapi tengok2 esok pula kamu terpaksa lupakan pegangan hidup tue atas sebab2 tertentu. begitu juga dengan tanggapan kita terhadap orang lain, saya selalu tersalah anggap kat orang yang bermuka ganas dan bertingkah laku kasar dengan menganggap mereka nie sangat susah tok di bawa bekerjasama tapi sebenarnya mereka yang bersifat begini la yang jauh lebih baik attitude mereka berbanding dengan mereka yang "SOTONG" dan nampak jer cam "JAMBU BATU", orang yang sebegini la alaihaii punye la banyak songeh dan menyesakkan hidup orang!!.

hari nie saya bekerjasama dengan seorang rakan yang bermuka ganas pada pandangan mata saya tapi setakat nie sangat menyenangkan saya la dalam menjalankan kerja lapangan tok tesis, harap2 kami berdua akan bekerjasama dengan baik sehingga selesai kerja lapangan masing2...amen^_^.


Tuesday, October 5, 2010

MUSIC THERAPY

semalam dalam kelas Kaunseling Kanak2, kiteorang belajar tentang music therapy yang boleh digunakan untuk membantu kanak2 meluahkan perasaannya yang sukar untuk diluahkan dengan kata2 sebagaimana kita berbual biasa. sebelum nie ada juga kami belajar tentang teknik lain seperti miniature animal, art therapy, dan juga penggunaan clay/plasticine untuk tackle klien kanak2 yang memerlukan sesi kaunseling, yang mana kita sedia maklum kanak2 nie selalunya tak tahu macam mana nak express perasaan mereka dengan kata2, so kite as a counselor kena guna cara lain untuk "mengorek" rahsia hati kanak2 ini. walaubagaimanapun dalam banyak2 teknik nie saya lebih berminat dengan music therapy kerana saya merasakan ia lebih sesuai digunakan untuk klien kite yang berada di peringkat usia remaja memandangkan setting pekerjaan saya nanti pun di sekolah menengah.

payah la juga kalau nak bawa remaja nie main clay or miniature animal, semacam tak berapa sesuai dengan usia mereka kan^_^.

TUJUAN PENGGUNAAN MUSIC THERAPY :

#boleh bantu seseorang tue tok jelaskan perasaan or pemikiran sebenarnya yang dia sedang alami. misalnya bila kite break off dengan bf/gf time tue memang kite rasa down sangat2 kan, ada orang yang boleh secara terbuka share perasaan dia dengan orang lain tapi ada juga yang sangat sukar tok berkongsi apa saja perasaan yang dia sedang alami, so music therapy mungkin medium yang sesuai tok individu tue luahkan perasaan terpendam dia.

#music therapy nie juga boleh memulihkan dan memupuk semula perasaan kite. bayangkan time kamu tengah down tue tibe2 kamu dengar 1 lagu or music yang terasa memberi 1 aura positif kepada kamu, sudah pasti kamu akan bersemangat semula kan, walaupun tak la sembuh sepenuhnya perasaan sedih kamu tue tapi sekurang-kurangnya kamu ok sikit kan....

#kadang2 kite nie tak berapa pasti dengan perasaan sendiri ialah misalnya kamu berasa marah bila kawan tak bagitau perkara sebenar tapi bila di masa lain kawan tue berterus terang, kamu akan rasa sedih pula dan cakap2 dalam hati "ermmmm kalau pun tak suka saya jangan lah berterus terang sangat bagitau saya" [contoh]. so melalui music nie kamu boleh kenal pasti perasaan diri dengan jelas *contoh, bila sedih dengar lah lagu yang lebih kurang sama dengan perasaan yang sedang kamu alami tue, tapi bila dah dengar lagu tue kamu akan bertanya kat diri sendiri "ermm macam nie ker perasaan saya sekarang??", bila dah pasti dengan perasaan sendiri so cari la 1 lagi lagu yang boleh menaikkan semula perasaan kamu tue^_^.



hari khamis nie kami setiap orang kena bawa lagu masing2 yang signifikan dengan diri sendiri time kelas Kaunseling Kanak-kanak nie, so saya pilih lagu nie, saya suka segalanya tentang lagu nie, lagu nie macam mengajar saya tok menjadi diri sendiri dan bukannya menjadi plastik------->I'M ME, DON'T LIKE I DON'T CARE =)

TRIP TO MELAKA 2010


woohoooo......akhirnya dapat juga saya menjejak kaki ke bandar bersejarah-MELAKA. Last week saya dengan group assignment saya pergi buat lawatan sambil belajar ke Jabatan Psikiatri, Hospital Melaka [dah macam zaman sekolah dulu2 pula yer-pergi buat lawatan sambil belajar bersama dengan kawan2^_^]. Kiteorang berangkat dari Tanjung Malim lebih kurang dalam pukul 8.30pagi sampai2 jer pukul 10pagi, kiteorang tak pergi ke hospital dulu sebab lawatan tue bermula jam 3 petang so apa lagi kami g jejalan la dulu weeeeeeeeeeeeeee^_^. Honestly dah macam jakun pula saya bila 1st time menjejak kaki ke sini, pernah kawan saya ajak pergi jalan2 kat Melaka tapi saya tak nak sebab ingatkan takde apa2 pun yang best tapi bila dah sampai kat sini punye la teruja kalah bebudak tadika hahahaha...


Walau seronok macam mana pun jalan2 tapi perut kena isi gak kalau tak, adelah yang akan mengamuk *cough :P~~~ So kiteorang pun g la kat Melaka Sentral Medan Selera, actually kiteorang nak cari tempat makan yang ada jual masakan yang sinomin dengan Melaka tapi masalahnya kiteorang tak tau mana tempat tue=(, so nak tak nak makan jer benda yang kat Tanjung Malim nie pun saya selalu makan - AYAM GORENG!=( arrrrggghhh takpa la asal makan kan *nak sedapkan hati sebenarnya haha.



Nie da kes lucu yang saya nak cerita berkaitan dengan pasaraya nie. Ada kawan saya tue dia nak beli baju T-shirt sebab tak selesa dengan baju yang dia pakai time tue so kiteorang hantar la dia pergi pasaraya nie tok cari baju. Melangkah jer kaki ke dalam pasaraya nie terus saya dengar sales attendant pasaraya tue ucap "selamat datang" *bukan seorang yang ucap tapi bersahut-sahutan dah macam bila kamu menjerit kat tempat lapang yang luas dan kat depan kamu ada gunung kah kamu akan dengar suara kamu bergema-gema kan ha lebih kurang macam tue keadaan time tue. Mula2 saya ok jer dengar pekerja dia ucap sentence tue setiap kali ada customer yang masuk tapi bila lama kelamaan ya ampun jadi meremang bulu saya huhu, dah la time mereka ucap sentence tue dengan muka yang kelat aduhai tak kongruen langsung, yang lawaknya kiteorang saje2 nak menyakat dengan berapa kali keluar masuk so beberapa kali juga la pekerja tue kena ucap "selamat datang..........................................terima kasihhhhhhhhh.......................datang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" hahahahahaha. Huh!!bagus pasaraya nie punye stail nak tarik pelanggan *weeeeeeeeeeeeeee.



memang orang zaman ini dah semakin kreatif, tengok la macam mana cara orang iklankan produk mereka, gambar nie salah satu contoh nye iaitu produk mister potato crips, punye la besar gedabak, kalau la betul orang jual mister potato crips sebesar tue alamatnye 10 tahun pun tak abis2 jimat2^_^



sayangnye kiteorang tak dapat nak naik menara nie P/S: IT'S NOT GENTING SPACE SHOOT k. Macam seronok juga tengok orang naik bendala nie, leh tengok pemandangan di sekitar bandar melaka tue, tapi sebab nak jimat punye pasal konon2 nye tak nak masuk or pergi tempat yang berbayar almaklum la dah hujung2 sem macam nie pocket memang super kosong terpaksa la gigit jari jer *T_T.....


Muzium Samudera-dalam perut kapal nie banyak benda kamu boleh tengok, kat sini boleh la kamu jumpa ngan atuk Hang Tuah, atuk Alfonso De Alburqueque dan ada lagi la tapi dah tak ingat sebab tak menghayati sangat *sebab lebih teruja nak ambik gambar jer hahaha.


Inilah keadaan bila kanak2 yang tak cukup riang masa zaman kecil dolu2 tapi bila dah besar jadi super immature, siap buat segala aksi yang kalah kanak2 tadika hak3.....


Ambil angin luar kat atas kapal sambil memandang ke bawah aisehhh rasa macam tengah belayar kat tengah laut............................lautan manusia actually hehe.


woohooooo....dulu juz dapat tengok kat buku teks sejarah jer kota A Famosa nie tapi kali dapat tengok dan sentuh sekali=)


sebelum pulang kiteorang pergi mamam dulu weehooooo......lebih berbaloi makan kat sini daripada kami makan kat gerai yang kat melaka sentral tue, dah la agak mahal + takde yang istimewa pun...ermmm lain kali sebelum datang sini lagi saya nak search kat internet or tanya kawan2 yang asal orang melaka mana tempat enak tok menjamu selera dan yang paling penting nak makan masakah baba nyonya *makan makan makan jak yang saya nie ingat kan hehe...


Ok tue jer perkongsian pengalaman saya pergi melaka tempoh hari, nak share pasal peristiwa kat Jabatan Psikiatri tue tak boleh pula sebab nak jaga privacy.....



Hurmmm perasaan tak apa masalah gambar nie?????

Sunday, October 3, 2010

BENCI LA KERJA SECARA BERKUMPULAN!!

Bila sebut tentang kerja kumpulan[untuk buat assignment] terutamanya bila berada di zaman universiti pasti akan ada saja cerita yang kurang enak diperkatakan tentang rakan sekumpulan, pasti ada saja ahli kumpulan yang just jadi sleeping partner, yang tak bagi kerjasama, yang selalu menimbulkan segala masalah kepada ahli kumpulan lain. Grouping nie bukannya tak ok, ok sebenarnya sebab kiranya kita dapat berbahagi tugasan dengan rakan sekumpulan so tak la kita buat kerja banyak sangat macam kite buat assignment individu.

Tapi problem nye bila ada ahli group yang buat masalah macam keadaan saya sekarang yang mana seorang ahli group kiteorang nie memang sudah melampau tahap gaban la perangai dia!! Dah la macam bossy suka hati dia jer arah orang sana sini pastu pula bukannya nak ringan tulang tok buat laporan tugasaan dan lebih parah bila saya nak minta segala gambar program yang dah di transfer ke laptop dia tok buat montaj tue pun dia punye 1001 alasan tok bagi saya aduhai rasa nak cekik jer BITCH nie!!! Bernanah betul la hati saya tengok perempuan tue!!!

SAYA LEBIH RELA BUAT ASSIGNMENT SECARA INDIVIDUAL DARIPADA BERDEPAN DENGAN GROUPING MEMBER YANG NTAH PA2 HUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DON'T YOU EVER BLAME ME IF THING GOING WRONG HA BITCH!!!*TERLAMPAU MARAH NIE.

Saturday, October 2, 2010

SAYA SUKA SEKOLAH & BERSEKOLAH

Saya sangat pasti ramai yang sependapat dengan saya bahawa zaman persekolahan adalah zaman yang paling menyeronokkan  dalam hidup kita*super duper seronok! Zaman yang penuh dengan seribu 1001 macam kenangan sama ada manis, pahit, masam, dan segala rasa yang lain. Hari nie saya mahu cerita pasal zaman persekolahan saya. Saya pecahkan zaman persekolahan saya kepada 4 tahap *ehemmm bahasa ilmiah sangat haha...

TAHAP 1- TADIKA HINGGA TAMAT DARJAH ENAM

Sebenarnya saya tak masuk tadika seperti kanak-kanak lain yang sebaya saya, saya hanya berTADIKA di rumah saja yang mana cikgu tadika saya adalah mama *guru tadika yang super garangT_T dan juga aunty saya yang time tue kalau tak silap saya tengah tunggu tok posting. Nie memang zaman gelap yang teramat gelap la saya rasa, yelah adakah patut cikgu2 nie ajar saya silibus yang hampir sama seperti budak darjah 2 belajar kat sekolah biasa tue, mana tak time tue saya alami depression jugak la huhu *tapi bila ingat balik lawak juga la haha. Then bila masuk sekolah rendah biasa, saya lagi ok dari budak2 yang ada masuk tadika *cough ehemmm2 puji diri sendiri hehe. Serious cakap hari pertama saya masuk kelas darjah satu mama hantar kejap jer then balik tak macam ibubapa lain yang kena tunggu sampai habis kelas *na good girl saya kan haha. Saya bersekolah di sekolah jenis cina sebab atuk saya nak cucu dia pandai mandarin walaupun rumah saya lagi dekat dengan sekolah kebangsaan. Bersekolah di sekolah cina agak sedikit meletihkan, bayangkan saya kena pergi sekolah pukul 6 pagi then sampai2 rumah pun dalam pukul 6 petang macam tue sebab ada kelas tambahan, kalau nak dibandingkan dengan kazen saya yang bersekolah di sekolah kebangsaan pukul 1 tengahari dah senang lenang kat rumah. Masa kat sekolah rendah saya bukan la kategori budak pandai sangat tapi boleh2 la *cough again hehe tapi sememangnya saya akan berada di kelas budak pandai^_^. Sebenarnya kalau nak cerita kisah saya sewaktu di sekolah rendah nie rasa2 nye 3 hari saya menulis pun belum pasti lagi akan habis sebab terlampau banyak perkara yang berlaku, peristiwa kena buli, peristiwa gaduh dengan kawan, peristiwa kena hukum dan segala macam lagi la huh!


TAHAP 2 - TINGKATAN 1 SAMPAI TINGKATAN 5

Oh ya lupa nak bagitau, masa kat sekolah rendah dulu saya nie memang super pemalu punye budak, saya tak hu ha hu ha sana sini macam kawan yang lain, kirenye budak skema la. Tapi bila dah masuk ke sekolah menengah, saya dah ok sikit mula pandai bergaul dengan kawan2 sekelas sama ada lelaki atau perempuan, cuma kawan saya tak ramai *saya pentingkan kualiti bukan kuantiti ok ehemmm. Dari tingkatan 1 sampai 3, saya masih lagi pemalu tak terlibat dengan banyak aktiviti di sekolah takde dalam kamus hidup saya time tue aktiviti kokurikulum, habis jer kelas biasa saya memang akan balik rumah takde maknanye nak lepak2 dengan kawan2. Tapi bila dah masuk tingkatan 4, pergaulan saya mulai ok sikit, time nie saya masuk science stream, classmate cuma ada 24 orang jer so kiteorang agak close 2 each other la, mula la keluar sikap gile2 tambah lagi kawan2 pun semua jenis mereng sikit haha. Masa penghujung tingkatan 5 saya suka kat seorang classmate saya *blushed haha, mama sangat control saya kalau melibatkan pergaulan dengan berlainan gender, beg sekolah saya tiap2 hari kena sport check *aiyoooo sebab tue malas saya nak bercouple sebab takut kantoi *memang saya girl-next door betul kan hehe. Sampaikan pernah saya tolak huluran persahabatan dari seorang senior yang kirenye nak jadikan saya girlfriend dia la, sebab takut kat mama sedangkan sebenarnya suke giler kat senior tue=(.


TAHAP 3 - LOWER & UPPER SIX

Time nie saya kena pindah sekolah yang agak jauh dari rumah dan kena tinggal di asrama, sebenarnya boleh jer kalau saya nak ulang alik dari rumah tapi mama dan abak memang paksa saya masuk asrama sebab nak ajar saya tok berdikari=(. Mula2 masuk asrama saya umpamakan hidup saya macam tinggal kat penjara huhuhu, dah la kena berkongsi segala dengan semua orang dari tandas, bilik mandi, tempat cuci baju sehingga la kepada bilik aduhhh!!memang saya sangat2 tak selesa. Tambah lagi kena makan makanan asrama yang memang tekak saya tak boleh terima, sebab tue saya lebih suka beli jer makanan kat kantin, memang jarang2 sangat saya nak makan tengahari or breakfast, cuma dinner saya terpaksa gak sebab kantin tak jual makanan waktu malam huhu. Memang selalu juga la saya memberontak dalam hati, bila hari jumaat saya la manusia yang paling bersemangat tok balik rumah tapi bila hari ahad pula saya la manusia yang paling bermuram durja di muka bumi nie haha. Tapi lama-kelamaan bila saya dah serasi dengan keadaan di asrama, saya jadi suka pula tok tinggal kat asrama terutamanya bila dah masuk upper6 pernah sekali saya sebulan tak balik rumah tapi saya still ok cuma mama dan abak saya la yang kena datang setiap hujung minggu tok melawat saya hehe. Time nie saya dah mulai nakal, sudah pandai ponteng kelas yang saya tak suka, sudah pandai lawan rules*curi2 keluar ke bandar tok berhibur, lagi pun sekolah saya time tue memang dalam bandar.


TAHAP 4 - UNIVERSITY LIFE!

Nie la zaman yang paling membuka mata saya tentang apa itu hidup. Disini juga saya belajar untuk BERDIRI DI KAKI SENDIRI = BERDIKARI. Disini juga saya belajar banyak perkara yang sebelum nie saya tak pernah cuba untuk buat, iaitu saya mula tahu macam mana nak selesaikan masalah sendiri, belajar untuk bekerjasama dengan orang lain, belajar tok bertolak ansur, belajar tok bersabar, belajar untuk mengalah dengan orang dan bla bla bla*banyak lagi. Saya akui saya belajar menjadi seorang dewasa disini iaitu bila dah masuk universiti. Walapun pada mulanya memang terlampau tertekan saya bila kena berjauhan dengan family sebab tak pernah2 saya berpisah dengan family asyik duduk ketiak mama saya saje. Bersyukur sangat saya belajar di tempat yang jauh nie, sebab saya belajar banyak perkara yang boleh dijadikan bekalan saya pada masa hadapan^_^. Dengan adanya kawan2 yang baik, menjadikan hari2 saya di universiti adalah satu perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup saya selama 23 tahun saya dah berada di dunia nie, serious bah nie hehe.


 Buat perkara yang tak pernah saya buat~~~nie 1st time main congkak, baru tau macam tue rupanya main comgkak hahaha kesian betul..



 Jumpa kawan2 yang super crazy mazy woohoooo^_^!!


 Berjumpa dengan sahabat2 yang banyak membantu sepanjang berada di tempat orang. Jumpa kawan yang giler so saya pun sekarang dah giler2 gak haha...



Belajar untuk mengorbankan masa tidur, tak boleh lagi nak tidur awal, paling awal tidur pun dalam pukul 1 pagi dan selalu juga tak pernah tidur sampai ke pagi sebab kena siapkan assignment yang berlambak dan kadang2 nie la yang berlaku.....tertidur di dalam kelas sebab tak cukup tidur*alasan sebenarnya!!haha

Wednesday, September 29, 2010

HARI YANG BAIK

Hurmmm hari nie, saya dapat banyak sangat pengalaman *banyak yang tersangat banyak^_^. Pertamanya saya dapat pengalaman ala-ala cikgu jasmani kat sekolah, sebab hari nie saya tolong kawan saya kutip data tok tesis dia, kawan saya tue ambik course sains sukan.


Orang kaunseling yang telah bertukar ke bidang sukan haha. Seronok juga buat aktiviti luar, walaupun panas tapi rasa macam bebas jak, tak perlu la nak ngadap ruang segi 4, kat luar nie boleh pandang sejauhmana kamu nak pandang, huh! satu perasaan bebas yang sukar tok digambarkan hehe.








Nie lagi tugas tambahan saya, jadi makcik kantin jual air aiyoooo. Makcik kantin yang berdedikasi nie hak3


Siap segala pengumpulan data, kami pun pulang tapi singgap jap kat kedai makan tok minum2. Oh ya bercakap pasal proses collect data tue, hari nie saya kena bekerja dengan benda2 yang tak pernah saya jumpa lagi, aduhai a bit like a jakun la huhu. Baru saya tau ada alat tok ukur kelenturan badan para atlit, bila saya ukur saya punye kelenturan badan cuma dapat 34cm jer*hurmm aku tak tau macam mana nak terang kat korang macam mana aku boleh dapat amount tue, sebab lupa la pula nak ambik gambar bendalah tue tadi. Banyaklah perkara baru yang saya temui tadi tapi tak tau macam mana nak terang*penyakit betul kan=(

On the way balik kolej kediaman, kawan yang minta tolong saya tok bantu dia collect data tue pun bercerita la tentang hal2 terjadi sebelum dan semasa dia nak pergi kerja lapangan nie, yang mana dia cerita pasal kawan2 lain yang tahu tumpang senang orang lain dan aniaya kawan lain, kawan yang tak tahu bertolak ansur dan tahu memuncungkan mulut saja bila ada hal yang tidak disukai *sigh perkara yang biasa berlaku nie sebenarnya. Saya hairan dan tak faham lah napa ada manusia yang begitu!!, yang selfish sangat2.

Hari nie juga ada orang minta maaf dengan saya pasal hal yang berlaku hampir 2 tahun yang lepas kot*saya pun dah tak ingat lagi hal tue sebenarnya. He's my ex-boyfriend actually. Lama sudah saya maafkan dia sebenarnya, mungkin sebab dia rasa bersalah dalam hal nie so dia masih lagi ingat hal nie, ermm pity you boy! Betapa sakit dan sedihnya saya bila hubungan kiteorang bermasalah, tapi sekarang saya sudah kuat^_^...

ok2 stop mengumpat! sori ya en.Blog, mesti kamu dah nak muntah dengar segala 1000 1 macam hal yang saya cerita kat kamu kan=(....ok, rehat la kamu, esok saya akan bercerita lagi ngeeeeeeeeee^_*



Tuesday, September 28, 2010

NAPA ADA MANUSIA YANG SEBEGITU YER!

Fuhhh lega dah sampai rumah lalalala^_^, dah pukul 11 lebih malam sekarang baru dapat rehat2 kat rumah.

"PERJALANAN AKTIVITI SAYA HARI INI"

Hari nie agak letih sikit la, walaupun kelas ada 1 jer tapi sebab kelas tue bukan kat dalam kampus utama menyebabkan saya kena naik 3 bus tok ulang alik dari kolej kediaman ke kelas then guna 1 lagi bus tok ke kampus baru boleh naik 1 lagi bus tok balik kolej kediaman *dahsyatkan sampai kena naik 3 bus huhu. Habis kelas bukannya terus dapat balik umah, kena lagi urus banyak hal berkenaan dengan tugasan, sampai2 kat umah pun dah pukul 2 lebih then cuba siapkan montaj untuk pembentangan next week, aiyoooo mata ngantuk sangat, tidur jap, tengok2 jam dah kul 7pm, alamakkkk!saya ada perjumpaan untuk Majlis Pra-Graduasi la pula, so dengan malasnye kena la bangun tok mandi dan siap segala huhuhu*letih letih letih=(.

"PERKARA YANG MENJENGKELKAN HARI NIE :P"

Hari nie saya alami dua perkara yang saya rasa agak menjengkelkan dan common sense la. Ada juga ya manusia yang boleh dikatakan bijak pandai la [*yelah kalau dah masuk Universiti kira pandai la tue kalau nak dibandingkan dengan nenek saya yang tak pernah bersekolah] tapi tahap PEMIKIRAN macam budak PRA SEKOLAH! Ceritanye macam nie, ada seorang rakan sekumpulan saya tue, dia sangat2 la suka mengarah orang, sepertinya dia nak semua kerja tue ahli kumpulan selain dia yang siapkan laporan tugasan, dia just nak goyang kaki jer!! Mentang2 la dia pengarah program *hoh...ingat ade title pengarah terus la suka2 nak arahkan orang eiiii yerrrr nasiblah dah tamat program, lega sangat2 takyah jumpa dia lagi. Tapi masalahnye saya masih kena lagi berhubung dengan dia sebab nak minta semua gambar sepanjang program tue berlangsung, sebabnye saya perlukan gambar2 tue tok buat montaj, sampaikan nak minta gambar2 tue pun dia punye la banyak alasan sampai nak tergeliat kot lidah dia bagi 1000 1 macam alasan, saya tak cakap dia tak nak bagi gambar2 tue tapi mungkin dia tak nak buang masa kot tok send folder gambar tue kat pendrive *sigh, tengok seperti tak percaya ada gak orang macam nie kan.....

Nie lagi satu cerita tentang orang yang ada ilmu penuh di dada konon2 tapi langsung tak bertindak, berfikir dan berfungsi sebagaimana yang dijangkakan. Ceritanya begini, memandangkan nie adalah semester terakhir kami bersama sebelum pergi praktikum dan juga konvo so kiteorang bercadang la nak adakan majlis pra graduasi(MPG) tok seramai 176orang batch course counseling 07, dan masalah pun bermula, dengan ada orang nie yang tak bersetuju nak pergi sebab kena bayar mahal*Rm150, ada juga yang tak bersetuju sebab nak siapkan tesis dan ada juga yang tak setuju nak pergi sebab cakap majlis macam tue TAK BAGI MANFAAT DAN NILAI kat mereka *cough & sigh, aduhaiiii memang la majlis macam tue tak bagi manfaat dari segi ilmu sebab tue bukannya kelas pun tapi kalau nak difikir2 majlis sebegitu kiranye mengajar kite bagaimana untuk bergaul, berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial dengan orang disekeliling, tambah2 lagi kite nie bakal pendidik yang sepatutnya mempunyai tahap sosial yang baik *bukan sosial yang masalah sosial tue k! Huh...pening la jugak kepala saya bila memikirkan teman2 yang langsung susah sangat diatur, kesian la saya tengok kawan2 yang bersusah payah tok adakan majlis nie, bukan apa majlis sebegini diharapkan dapat dijadikan sebagai kenangan terindah selepas tamat belajar nanti *TUE PUN ADA LAGI YANG TAK TAHU NAPA KITEORANG BERIA-IA NAK MAJLIS NIE!


Ha....tak nak fikir la, lantak mereka la, tak nak pergi sudah, berkawan la dengan monyet2 kat dalam hutan tue, tak pun takyah ambik subjek kaunseling, langsung tak sesuai dengan personaliti orang yang sepertinya anti-sosial :P~~.

Gudnite. Sori mengumpat banyak sangat hari nie huhu.....*Tuhan, maafkan la saya ok=(



Monday, September 27, 2010

FLASH BACK

Hari nie isnin, esok selasa, lusa rabu tengok2 dah sampai ahad then berulang lagi hari isnin hurmm begitu cepat masa berlalu, kadang2 kita tak sedar dah sampai hujung bulan, kemudian masuk pula ke bulan yang baru, pejam celik pejam celik dah bertukar ke 1 tahun yang baru pula. Kalau kita tidak menghargai setiap detik setiap hari yang mendatang memang betul2 rugi, sebab ia tak akan berulang lagi, sebab saya berasa sangat menyesal tak mula menulis blog sejak hari pertama saya masuk ke Universiti, kalau tidak boleh la saya berkongsi setiap pengalaman pahit manis yang berlaku sepanjang saya bergelar pelajar universiti.

Sangat banyak pengalaman lucu, sedih, pahit dan manis yang saya alami sepanjang belajar disini, salah satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila2 ialah pengalaman kali pertama naik bus khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar pergi ke pekan, yang mana seorang daripada kawan saya hampir2 pulang dengan berKAKI AYAM sebabnya selipar dia tertanggal bila berebut-rebut nak naik bus aduhaiiii lawak2 hahaha, dia pula dengan selambanye nak terus berkaki ayam balik ke kolej kediaman, kalau la seorang lagi kawan saya tak jumpa selipar dia yang berada kat bawah bus memang sah2 dia balik tanpa selipar hahahaha...

Nie lagi satu citer yang saya rasa sangat lucu la, dan kebetulan kawan saya yang hampir balik dengan berkaki ayam tue juga la yang buat hal. Citer nie berlaku dalam bulan puasa. 1 petang tue, saya dan kawan kaki ayam tue dan 2 orang lagi kawan saya kena pergi jual cenderahati sempena bulan ramadhan [sebab kami ber4 ialah AJK blok kediaman] ke blok kediaman yang lain di seluruh kolej kediaman, jalan punye jalan, kami terjumpa 1 pokok sireh....saya tanya kat mereka ber3 tue, macam mana la rasa sireh, pastu mereka ber3 tue cakap sireh nie rasa pedas, mungkin sebab ekspresi muka saya yang macam tak percaya dengan penjelasan mereka ber3, lantas kawan kaki ayam saya tue tanpa rasa bersalah petik 1 daun sireh then masukkan dalam mulut *masa tue kiteorang terlupa sekejap yang dia tue berpuasa, then sesaat kemudian, kawan saya seorang tegur "eh kamu tak puasa ker?"......."alamak! phuihhhhhh!!"...hahaa....kalau la kawan saya tak tegur memang selamat la daun sireh tue masuk ke dalam perut dia kah3, kami ber4 gelak sampai merah2 muka, sampai terduduk, saya sendiri termuntah-muntah sebab terlampau gelak aduhaiiii, buat lawak betul la kawan saya tue....

Sebenarnya ada 1000 1 lagi kisah lucu sepanjang kami bersama tapi ada yang saya lupa=(.......


Tak pernah2 hias kek, tapi sebab ada kawan yang sudi temankan saya untuk cuba benda yang baru, so ini la jadinya, saya dan seorang kawan saya ikut pertandingan menghias kek, dengan ilmu menghias yang 0 di dada^_^


ini lah hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
ta....da.....





Nie satu lagi perkara yang tak pernah saya buat, iaitu cipta tanglung. Sebab nak bagi sokongan kat seorang kawan kiteorang yang merupakan pihak penganjur pertandingan nie, so saya  dan dua orang kawan saya pun cuba nasib la ikut pertandingan nie akhirnya kiteorang berjaya dapat no 1...haha...rezeki2....kalah budak cina yang turut sama ikut pertandingan nie.






 Idea last minute akhirnya menghasilkan ini.