Wednesday, September 29, 2010

HARI YANG BAIK

Hurmmm hari nie, saya dapat banyak sangat pengalaman *banyak yang tersangat banyak^_^. Pertamanya saya dapat pengalaman ala-ala cikgu jasmani kat sekolah, sebab hari nie saya tolong kawan saya kutip data tok tesis dia, kawan saya tue ambik course sains sukan.


Orang kaunseling yang telah bertukar ke bidang sukan haha. Seronok juga buat aktiviti luar, walaupun panas tapi rasa macam bebas jak, tak perlu la nak ngadap ruang segi 4, kat luar nie boleh pandang sejauhmana kamu nak pandang, huh! satu perasaan bebas yang sukar tok digambarkan hehe.








Nie lagi tugas tambahan saya, jadi makcik kantin jual air aiyoooo. Makcik kantin yang berdedikasi nie hak3


Siap segala pengumpulan data, kami pun pulang tapi singgap jap kat kedai makan tok minum2. Oh ya bercakap pasal proses collect data tue, hari nie saya kena bekerja dengan benda2 yang tak pernah saya jumpa lagi, aduhai a bit like a jakun la huhu. Baru saya tau ada alat tok ukur kelenturan badan para atlit, bila saya ukur saya punye kelenturan badan cuma dapat 34cm jer*hurmm aku tak tau macam mana nak terang kat korang macam mana aku boleh dapat amount tue, sebab lupa la pula nak ambik gambar bendalah tue tadi. Banyaklah perkara baru yang saya temui tadi tapi tak tau macam mana nak terang*penyakit betul kan=(

On the way balik kolej kediaman, kawan yang minta tolong saya tok bantu dia collect data tue pun bercerita la tentang hal2 terjadi sebelum dan semasa dia nak pergi kerja lapangan nie, yang mana dia cerita pasal kawan2 lain yang tahu tumpang senang orang lain dan aniaya kawan lain, kawan yang tak tahu bertolak ansur dan tahu memuncungkan mulut saja bila ada hal yang tidak disukai *sigh perkara yang biasa berlaku nie sebenarnya. Saya hairan dan tak faham lah napa ada manusia yang begitu!!, yang selfish sangat2.

Hari nie juga ada orang minta maaf dengan saya pasal hal yang berlaku hampir 2 tahun yang lepas kot*saya pun dah tak ingat lagi hal tue sebenarnya. He's my ex-boyfriend actually. Lama sudah saya maafkan dia sebenarnya, mungkin sebab dia rasa bersalah dalam hal nie so dia masih lagi ingat hal nie, ermm pity you boy! Betapa sakit dan sedihnya saya bila hubungan kiteorang bermasalah, tapi sekarang saya sudah kuat^_^...

ok2 stop mengumpat! sori ya en.Blog, mesti kamu dah nak muntah dengar segala 1000 1 macam hal yang saya cerita kat kamu kan=(....ok, rehat la kamu, esok saya akan bercerita lagi ngeeeeeeeeee^_*



Tuesday, September 28, 2010

NAPA ADA MANUSIA YANG SEBEGITU YER!

Fuhhh lega dah sampai rumah lalalala^_^, dah pukul 11 lebih malam sekarang baru dapat rehat2 kat rumah.

"PERJALANAN AKTIVITI SAYA HARI INI"

Hari nie agak letih sikit la, walaupun kelas ada 1 jer tapi sebab kelas tue bukan kat dalam kampus utama menyebabkan saya kena naik 3 bus tok ulang alik dari kolej kediaman ke kelas then guna 1 lagi bus tok ke kampus baru boleh naik 1 lagi bus tok balik kolej kediaman *dahsyatkan sampai kena naik 3 bus huhu. Habis kelas bukannya terus dapat balik umah, kena lagi urus banyak hal berkenaan dengan tugasan, sampai2 kat umah pun dah pukul 2 lebih then cuba siapkan montaj untuk pembentangan next week, aiyoooo mata ngantuk sangat, tidur jap, tengok2 jam dah kul 7pm, alamakkkk!saya ada perjumpaan untuk Majlis Pra-Graduasi la pula, so dengan malasnye kena la bangun tok mandi dan siap segala huhuhu*letih letih letih=(.

"PERKARA YANG MENJENGKELKAN HARI NIE :P"

Hari nie saya alami dua perkara yang saya rasa agak menjengkelkan dan common sense la. Ada juga ya manusia yang boleh dikatakan bijak pandai la [*yelah kalau dah masuk Universiti kira pandai la tue kalau nak dibandingkan dengan nenek saya yang tak pernah bersekolah] tapi tahap PEMIKIRAN macam budak PRA SEKOLAH! Ceritanye macam nie, ada seorang rakan sekumpulan saya tue, dia sangat2 la suka mengarah orang, sepertinya dia nak semua kerja tue ahli kumpulan selain dia yang siapkan laporan tugasan, dia just nak goyang kaki jer!! Mentang2 la dia pengarah program *hoh...ingat ade title pengarah terus la suka2 nak arahkan orang eiiii yerrrr nasiblah dah tamat program, lega sangat2 takyah jumpa dia lagi. Tapi masalahnye saya masih kena lagi berhubung dengan dia sebab nak minta semua gambar sepanjang program tue berlangsung, sebabnye saya perlukan gambar2 tue tok buat montaj, sampaikan nak minta gambar2 tue pun dia punye la banyak alasan sampai nak tergeliat kot lidah dia bagi 1000 1 macam alasan, saya tak cakap dia tak nak bagi gambar2 tue tapi mungkin dia tak nak buang masa kot tok send folder gambar tue kat pendrive *sigh, tengok seperti tak percaya ada gak orang macam nie kan.....

Nie lagi satu cerita tentang orang yang ada ilmu penuh di dada konon2 tapi langsung tak bertindak, berfikir dan berfungsi sebagaimana yang dijangkakan. Ceritanya begini, memandangkan nie adalah semester terakhir kami bersama sebelum pergi praktikum dan juga konvo so kiteorang bercadang la nak adakan majlis pra graduasi(MPG) tok seramai 176orang batch course counseling 07, dan masalah pun bermula, dengan ada orang nie yang tak bersetuju nak pergi sebab kena bayar mahal*Rm150, ada juga yang tak bersetuju sebab nak siapkan tesis dan ada juga yang tak setuju nak pergi sebab cakap majlis macam tue TAK BAGI MANFAAT DAN NILAI kat mereka *cough & sigh, aduhaiiii memang la majlis macam tue tak bagi manfaat dari segi ilmu sebab tue bukannya kelas pun tapi kalau nak difikir2 majlis sebegitu kiranye mengajar kite bagaimana untuk bergaul, berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial dengan orang disekeliling, tambah2 lagi kite nie bakal pendidik yang sepatutnya mempunyai tahap sosial yang baik *bukan sosial yang masalah sosial tue k! Huh...pening la jugak kepala saya bila memikirkan teman2 yang langsung susah sangat diatur, kesian la saya tengok kawan2 yang bersusah payah tok adakan majlis nie, bukan apa majlis sebegini diharapkan dapat dijadikan sebagai kenangan terindah selepas tamat belajar nanti *TUE PUN ADA LAGI YANG TAK TAHU NAPA KITEORANG BERIA-IA NAK MAJLIS NIE!


Ha....tak nak fikir la, lantak mereka la, tak nak pergi sudah, berkawan la dengan monyet2 kat dalam hutan tue, tak pun takyah ambik subjek kaunseling, langsung tak sesuai dengan personaliti orang yang sepertinya anti-sosial :P~~.

Gudnite. Sori mengumpat banyak sangat hari nie huhu.....*Tuhan, maafkan la saya ok=(



Monday, September 27, 2010

Good Morning

Morningggggggggggg^_^.........pagi yang cerah woohoooo lalalala...harap2 tak hujan petang nanti, kalau tak mesti kena demam lagi huhu. Bangun pagi, buat senaman ringkas jap, berus gigi, terpaksa minum coffee  pagi nie*sebabcereal dah abis=(...perkara yang paling seronok bila dapat main2 dengan kucing jap hehe
Kucing terbiar sebenarnya, tapi sebab kiteorang selalu bagi dia makan,so dia pun nak stay ngan kiteorang^_^. Sebetul-betulnye saya tak berapa suka dengan kucing takut kena cakar tapi sebab adik lelaki saya yang bongsu sangat suka dengan kucing siap punggut lagi segala kucing yang terbiar jadi kelamaan saya pun ok jugak dengan kucing *kucing comel la kan, boleh bawa berbual, boleh bawa main2, rasa2nye boleh jadi penganti kawan2 kot hehe...

 Alamakkkk!!dah lambat nie nak pergi kelas, saya belum mandi lagi huhu!!

FLASH BACK

Hari nie isnin, esok selasa, lusa rabu tengok2 dah sampai ahad then berulang lagi hari isnin hurmm begitu cepat masa berlalu, kadang2 kita tak sedar dah sampai hujung bulan, kemudian masuk pula ke bulan yang baru, pejam celik pejam celik dah bertukar ke 1 tahun yang baru pula. Kalau kita tidak menghargai setiap detik setiap hari yang mendatang memang betul2 rugi, sebab ia tak akan berulang lagi, sebab saya berasa sangat menyesal tak mula menulis blog sejak hari pertama saya masuk ke Universiti, kalau tidak boleh la saya berkongsi setiap pengalaman pahit manis yang berlaku sepanjang saya bergelar pelajar universiti.

Sangat banyak pengalaman lucu, sedih, pahit dan manis yang saya alami sepanjang belajar disini, salah satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila2 ialah pengalaman kali pertama naik bus khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar pergi ke pekan, yang mana seorang daripada kawan saya hampir2 pulang dengan berKAKI AYAM sebabnya selipar dia tertanggal bila berebut-rebut nak naik bus aduhaiiii lawak2 hahaha, dia pula dengan selambanye nak terus berkaki ayam balik ke kolej kediaman, kalau la seorang lagi kawan saya tak jumpa selipar dia yang berada kat bawah bus memang sah2 dia balik tanpa selipar hahahaha...

Nie lagi satu citer yang saya rasa sangat lucu la, dan kebetulan kawan saya yang hampir balik dengan berkaki ayam tue juga la yang buat hal. Citer nie berlaku dalam bulan puasa. 1 petang tue, saya dan kawan kaki ayam tue dan 2 orang lagi kawan saya kena pergi jual cenderahati sempena bulan ramadhan [sebab kami ber4 ialah AJK blok kediaman] ke blok kediaman yang lain di seluruh kolej kediaman, jalan punye jalan, kami terjumpa 1 pokok sireh....saya tanya kat mereka ber3 tue, macam mana la rasa sireh, pastu mereka ber3 tue cakap sireh nie rasa pedas, mungkin sebab ekspresi muka saya yang macam tak percaya dengan penjelasan mereka ber3, lantas kawan kaki ayam saya tue tanpa rasa bersalah petik 1 daun sireh then masukkan dalam mulut *masa tue kiteorang terlupa sekejap yang dia tue berpuasa, then sesaat kemudian, kawan saya seorang tegur "eh kamu tak puasa ker?"......."alamak! phuihhhhhh!!"...hahaa....kalau la kawan saya tak tegur memang selamat la daun sireh tue masuk ke dalam perut dia kah3, kami ber4 gelak sampai merah2 muka, sampai terduduk, saya sendiri termuntah-muntah sebab terlampau gelak aduhaiiii, buat lawak betul la kawan saya tue....

Sebenarnya ada 1000 1 lagi kisah lucu sepanjang kami bersama tapi ada yang saya lupa=(.......


Tak pernah2 hias kek, tapi sebab ada kawan yang sudi temankan saya untuk cuba benda yang baru, so ini la jadinya, saya dan seorang kawan saya ikut pertandingan menghias kek, dengan ilmu menghias yang 0 di dada^_^


ini lah hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
ta....da.....





Nie satu lagi perkara yang tak pernah saya buat, iaitu cipta tanglung. Sebab nak bagi sokongan kat seorang kawan kiteorang yang merupakan pihak penganjur pertandingan nie, so saya  dan dua orang kawan saya pun cuba nasib la ikut pertandingan nie akhirnya kiteorang berjaya dapat no 1...haha...rezeki2....kalah budak cina yang turut sama ikut pertandingan nie.






 Idea last minute akhirnya menghasilkan ini.

Sunday, September 26, 2010

WEEKEND ACTIVITIES

Aduiiii en.Blog.....keletihan gaban2 nie huhu tapi apa pun sangat gembira kerana 1 program dah lepas tinggal program untuk hari esok dan program hari sabtu depan iaitu pergi Hospital Melaka [buat aktiviti dengan orang sakit mental kat sana]. Nampaknya, minggu nie langsung saya tak dapat nak berehat=(, dah la hari isnin kelas padat pula tueT_T.....huh! Chayok2 bah Sindarela *bagi semangat untuk diri sendiri=), ya patutnya saya kena menghargai setiap perkara yang saya lakukan disini sebelum next sem dah kena praktikum!!!

Sebenarnya walaupun memang sangat letih bila sudah habis buat program [sebab banyak keja kena buat sebelum program berjalan], tapi the end bila dapat feedback yang baik dari peserta program, terus hilang dah segala penat lelah yang saya rasa. Tambah lagi kalau benda yang kita nak sampai tue mencapai matlamat *macam ibu2 yang keletihan menyediakan makanan untuk family tapi bila melihat anak2 dan suami makan dengan penuh selera terus hilang dah keletihan tue.....hah lebih kurang macam tue la perasaan saya bila melihat program yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta^_^.

Bila flashback balik program2 yang pernah saya jalankan sepanjang belajar disini, banyaknya pengalaman menarik yang saya dapat, misalnya bila kena buat program dengan penghuni serenti punye la takut [termasuk rakan lelaki pun takut haisshhh!:P], tapi the end dapat 1 pengalaman yang berharga iaitu dapat berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan bekas penagih dadah nie [mereka bukanla seteruk yang kita sangka rupa2nya]. Kemudian buat pula program dengan budak2 sekolah, lagi seronok dan lagi banyak pengalaman saya dapat. Sem nie pula kena buat program dengan orang sakit mental [belum tahu lagi apa pengalaman atau peristiwa yang saya akan dapat]

Melalui program2 yang dibuat nie bagi saya apa yang seronoknya adalah  apabila bercakap tentang kerjasama rakan sekumpulan, kalau saya memang bertuah selalu dapat rakan sekumpulan yang gila2, sporting habis, dan selamba jer haha. Bila buat program, macam2 hal yang akan kita alami, percakaran, perselisihan faham atau percanggahan pendapat MEMANG akan berlaku, PASTI SANGAT2!! hahaha....tapi bila dah habis aktiviti atau program kite orang akan kembali normal, takde dah nak masam2 muka^_^.




Sebahagian daripada peserta program~~~~





Antara aktiviti yang dilakukan...mereka kena selesai 3 soalan yang berbentuk pengiraan dan pernyatan dalam tempoh masa 15 minit ^_^

Sebahagian daripada peserta program yang semuanye sangat sporting^_^. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat2 membantu kami sebagai para fasi. Kadang2 kejayaan sesuatu program itu bukan semata-mata bergantung kepada modul atau aktiviti yang dijalankan tetapi peranan para peserta juga memainkan peranan, itu pendapat saya la. Misalnya sebelum nie saya pernah buat program bersama-sama dengan beberapa buah family [sebab program nie adalah under family and counseling subject], aduhaii langsung tak seronok, sebabnya peserta kiteorang tue agak "kedinginan" la haha, bila ingat balik program tue memang sedih sangat. Tapi antara banyak2 program yang pernah saya dan kawan2 conduct, saya paling teruja dan suka dengan program yang kami lakukan bersama-sama dengan pelajar sekolah di sebuah sekolah teknik sekitar Perak, mereka memang sporting habis la, hilang segala penat lelah kami sebagai penganjur bila program tue mendapat sambutan, walaupun untuk program tue memang banyak kami kena berkorban dari segi masa, duit [semua perbelanjaan kena keluar dari pocket money sendiri=( ] dan juga keletihan yang gaban2 [sampai saya demam2 bila abis jer program].


Terima kasih semua muahhhhhhh^_^. Walaupun hujung minggu nie saya langsung tak dapat nak berehat *sigh Huhu...tambah lagi nak siapkan laporan program lagi tue *nose bleeding modeT_T, tapi saya sangat seronok, dapat pengalaman baru, jumpa pula kawan2 baru dan lagi 1 dapat lagi ilmu tambahan sebagai bekalan untuk praktikum next sem^_^ woohooooo.....

Thursday, September 23, 2010

NAK BAGI TAJUK APA YER??

Dear blog,

en.Blog hari nie saya tak nak share dengan kamu citer sedih[sebab mesti kamu dah letih asyik2 dengar citer sedih saya kan=(] tapi hari nie saya nak share dengan kamu semangat positif saya^_^. Saya sangat suka subjek hari iaitu belajar tentang psikologi bilazim-belajar tentang personaliti manusia yang bermasalah yang menganggu kefungsian rutin harian hidup mereka[hurmmm en.Blog terpaksa juga kamu kena dengar lecture saya pula yer hehe]. Kelas tue sebenarnya ada 1 jam saja tapi lecturer jadikan kelas tue 2 jam, kelihatan kawan2 semua dah tak senang duduk haha, mesti perut mereka dah berbunyi2 kriohhhhhhh!tapi saya maintain lagi [nak bagitau saya pelajar yang baik dan berdedikasi haha!], bukan apa, sebab subjek tue saya suka.

Habis kelas saya ada meeting mee segera [maksudnya meeting yang sekejap jer] pula dengan pihak konsultee kiteorang [alamak kecut perut bila sebut pasal hal nie, sebab sabtu nie dah berlangsung program kiteorang tue huhu]. Habis segala urusan dengan pihak konsultee, saya pun balik, sebab petang saya ada taklimat penulisan tesis selama 2 jam [terpaksa la saya skip kelas kaunseling kanak2 =(, subjek yang saya suka juga *sigh]. Saya baru balik dari taklimat penulisan tesis nie, wahhh!saya belajar 1 benda yang baru hari nie, super seronok woohooooo ^_^. Rupa2 nya susah juga nak analisis dapatan kajian tue nanti erk=(, tapi takpa, saya pasti dapat buat [semangat membara nie! hehe].


*berhenti sekejap menulis, kawan datang umah............................................................................................

Wokey, kite sambung balik yer en.Blog, sori2 ar tergantung-gantung menghabiskan citer. *Ermm.....dah lupa la aku nak cakap apa kat kamu tadi en.Blog huhu, pasal lama sangat tergantung citer, hujung2 lupa terus apa yang nak dibagitau=(. Oh ya citer terbaru, esok saya kena temankan kawan saya pergi sekolah untuk buat kerja lapangan la en.Blog, esok takde kelas tapi sebenarnya ada juga la kerja yang perlu saya buat, tapi kalau tolak kesian pula kat kawan saya tue *sigh.....takpa la temankan jer kawan tue, balik dari kerja lapangan tue saya pergi siapkan kerja yang patut saya siapkan la ho en.Blog^_^.....ok, selesai masalah. K la en.Blog saya kena habiskan sampai disini dulu, saya nak buat assignment pula, esok2 kite sambung balik k. Berehatlah kau en.Blog, thanks ya=)

Wednesday, September 22, 2010

Mumble Grumble ^_^

Dear blog,


Hari nie kelas seperti biasa, hanya ada 1 saja kelas *yeyeyeeee^_^ tapi lepas habis kelas ada pula meeting dengan pihak konsultee=( *errr....sabtu nie akan berlangsung program motivasi yang akan dijalankan oleh kami 1 group, peserta ada 100 orang [setakat yang dimaklumkan oleh konsultee masa meeting tadi la], kami pula hanya ada 5 orang jer yang akan jadi fasi *hurppppp, tak tau la macam mana situasi pada hari kejadian nanti. Doa2 semua akan baik2 saja...amen=).

Tengahari tadi terpaksa skip lunch sebab nak rushing pergi meeting=( *laparrrrrr, juz dapat rembat Bun N strawberry milk jer huhu. Yang sakit hatinya bila kawan inform meeting tue ditunda ke pukul 2.30 *grrrrrrrr, nak patah balik pergi kedai makan dah rasa malas lagi pun dah beli pun makanan *sigh=(. Lapar punye pasal tak sampai 5 minit saya dah boleh habiskan 1 bun yang besar N 1 kotak strawberry milk, kalau la bakal mak mentua tengok gelojohnya makan mesti terus cancel punye ambik jadi menantu hahaha.

Habis makan segala, tengok jam masih ada setengah jam lagi, so saya pun ambik kesempatan call mama jap, nak bagitau mama yang rapunzel dah ok sikit keadaan dia supaya mama tak risau sangat. Rapunzel cakap aunty dah ok, tak marah2 lagi, tapi saya nasihatkan rapunzel time mood aunty ok lah dia kena bertindak supaya lebih mudah masalah selesai. Rapunzel cakap dia kena bersabar untuk tempoh 2-3 minggu nie sampailah kelas driving dia tamat *sigh....."rapunzel pity you, but i don't even know what the good ideas to give you".

Mama bagitau dia share masalah nie dengan abak, naruto dan gaara, so dia pun rasa ok sikit sebab ada tempat untuk berkongsi rasa, tak lah dia rasa terbeban sangat sebab terpaksa pikul masalah sorang2 [kalau saya dan rapunzel ada kat rumah, mama sangat senang berkongsi masalah dengan kami berdua, so mama tak stress sangat=(].

Napa hari selalu hujan sejak dua menjak nie erk? Sama macam mood saya juga, agak sedikit emo. Harap2 hari esok lebih baik berbanding hari ini but thanks god for today, U give us our daily bread-enough as we need, U give me strenght-that enough 4 me 2 fight the problem, thanks god 4 everything ya=).

Wokey, time 2 sleep, it already 12pm, tomorrow need more energy- go 2 class, listen 4 lecturer bla bla bla, attend 4 the tesis briefing *huhhhhh....sampai2 rumah pun lebih kurang dalam pukul 7 saya rasa la=(

Tuesday, September 21, 2010

HANDMADE FLORAL FOR BAG, RING & BRACELET

Lupakan sekejap masalah! Letak ke tepi dulu, nanti baru fikir balik. Oh ya nak bagitau betapa letihnya otak saya berfikir menyebabkan saya hari mengalami migrain yang tahap gaban2 huhu, nasib la kelas hanya sejam jer, muka memang dah pucat habis, sepanjang perjalanan balik ke kolej kediaman memang rasa dah nak pitam jer dah la terpaksa berdiri lagi dalam bus waaa=(.

Ok *zip dulu bebelan yang panjang, apa yang saya share hari nie adalah tentang handcraf yang saya lakukan ^_^*terus rasa mood happy bila cakap pasal benda yang saya suka hehe. Semalam saya buat saya bentuk bunga rose, yang diperbuat daripada tali baju [ermm....maksud saya, baju yang ada tali yang kena diikat kat belakang, so yang saya ambik adalah tali/reben baju or what so ever la macam mana nak panggil bendalah tue^_*]. Lepas siap, saya pun jahit bentuk bunga rose tue kat beg kain yang saya selalu pakai bila keluar dengan kawan2 [beg tue tak la cantik or mahal tapi sangat selesa tok dibawa keluar=)].



Bentuk bunga rose *sori  la yer kalau kamu rasa tak macam bentuk bunga rose pun^_*



Bunga rose saya siap untuk dijahit kat beg kesayangan woohooo^_^



Proses menjahit~~terlampau kusyuk menjahit sampai tercucuk jari sendiri *eeewww sakitnye=( 



Ta......da.....siap sudah!





Saya tamak jadi saya tambah dua bunga, biar nampak sikit kan hehe.




Na......sudah boleh bawa jalan2^_*, tak payah pakai plastik, simpan jer barang2 yang dibeli kat beg nie *enviroment friendly ma^_^



Oh ya selain di jahit kat beg, bunga rose tue pun boleh juga di buat.........................loading...........

-
-
-
-
-
-
-
taaaa......daaaaaa

cutie floral bracelet



and also
-
-
-
-
-
-
-
lovely floral ring too^_^



Dah pukul 1 am sekarang, mata belum juga ngantuk tapi memandangkan esok ada kelas so kena gak paksa mata nie tok tidur. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini...amen.


Monday, September 20, 2010

1 AM

Sekarang dah pukul 1 pagi tapi mata saya belum lagi mengantuk, mungkin terlalu banyak benda yang saya fikir sampai mata pun tak lalu nak tidur *sigh. Macam mana lah keadaan rapunzel sekarang, mungkin juga dia pun tak dapat tidur sama seperti semalam. Mama pula macam mana yer sekarang=(. Saya call mama petang tadi tok bertanya khabar, mama cakap mereka semua ok jer. Suara mama slow sangat kat sana, semacam tak gembira jer tapi saya tak pasti kenapa. Berat mulut saya nak bagitau mama pasal keadaan rapunzel tapi selepas saya fikir banyak kali, saya kena bagitau mama hal nie, sebab kebiasaannya rapunzel tak suka kongsi masalah dengan siapa2 dia lebih suka pendam, then mesti la mama marah kalau dapat tahu rapunzel tak nak jaga anak aunty saya lagi[sebab aunty saya nie macam pandai jer berlakon, kat depan mama lain jer perkara yang dia citer].

Saya tak nak beban yang ditanggung rapunzel makin berat kalau ditambah pula mama marah dia nanti, so saya ambik langkah awal, saya sendiri yang bagitau mama hal nie. Mesti mama pun sama juga macam saya sekarang, tak dapat tidur bila memikirkan masalah anak-anak, sori mama *sigh. Saya serba salah juga nak bagitau masalah nie, kalau tak citer hal nie nanti timbul konflik antara mama dan rapunzel [saya dapat jangka hal tue akan jadi sebab sudah selalu ia begitu], dicerita pula menambahkan beban mama yang sememangnya sudah sedia ada memang berat. Saya tak pasti, betul ker tak keputusan yang saya ambil nie=(.

*saya nak ambik angin sekejap kat balkoni............beratnya kepala saya=(

Kat luar agak sejuk, selepas hujan.....sama macam keadaan saya sekarang, sejuk, lembap dan lemah. Tak pasti apa yang terpaksa saya hadapi esok, cuma doa saya semoga keadaan baik2 saja...amen.


SEPTEMBER RAIN

Dear blog,


Hari nie kelas pertama saya pukul 9-10, tapi lecturer hanya ambil masa 30 minit saja untuk bincang pasal asignment dan juga kerja luar pastu kelas pun tamat. Perkara lawak yang berlaku kat kelas hari nie apabila lecturer tue cakap dengan ayat dia lebih kurang macam nie la "kamu dah berubah sekarang yer, kamu pakai botox ker?" dalam nada bergurau dia.........saya pun terpinga-pinga la bila dengar lecturer tue komen macam tue pasal penampilan saya haha, sebenarnya mungkin kerana pipi saya yang tembam kot tapi walau banyak mana pun berat badan saya menyusut pipi saya tetap juga akan maintain gitu jer.

Kelas kedua pula bermula pukul 12-1, habis kelas nie kami seGENG kena naik bus tok ke dewan kuliah yang agak jauh dari kampus utama *sigh, bukan apa saya mengeluh tapi kerana kaki saya sangat sakit sebab kasut tue dah longgar kat kaki saya[penyakit pelik tak penah2 kaki orang mengecil tapi kaki saya pula yang lain dari yang lain tiba2 boleh MENGECUT!]. Sampai2 saja kat kelas, tengok2 kami ber4 jer yang baru sampai kat kelas, lebih kurang 20minit menunggu, masuk pula 2 orang rakan sekelas yang membawa khabar bahawa kelas batal! Kamu rasa nie berita gembira ker berita sedih erk en.Blog yang budiman? Bagi saya nie adalah sedih dan berita gembira juga, sedih sebab dah sampai kat kelas baru tau kelas batal, gembira sebab boleh balik cepat dan update blog[seperti sekarang nie hah].

Tapi tak jadi pula balik awal sebab ada perjumpaan sekejap dengan ahli group tok buat program luar
*sigh=(. Sementara tunggu kawan2 sampai, saya call rapunzel, sebab awal2 pagi lagi dia dah request suruh call dia. Hurmmm....nak tau napa dia suruh saya call dia? Kamu rasa nie cerita sedih ker cerita gembira en.Blog? *en.Blog menjawab: mesti nie cerita sedih kan2.... *Rapunzel jawab balik: bingo en.Blog, kamu memang fahami isi hati saya^_T[senyum dalam tangisan]

Rapunzel mengadu, aunty marah2 dan merajuk dengan dia[untuk pengetahuan en.Blog, rapunzel jadi babysitter tok anak aunty saya yang berumur 6tahun]. Aunty bagitau kat dia "nanti kalau nenek balik kampung, kamu pun balik sekali la"...lebih kurang begitulah ayat aunty saya seperti yang diceritakan rapunzel kat saya. Rapunzel ambil hati sangat dengan perbuatan aunty saya semenjak dua menjak nie, aunty selalu marah2, selalu mengadu pasal rapunzel kat aunty2 yang lain komen rapunzel hanya buat kerja yang disuruh tapi kerja yang tak disuruh pula rapunzel tak buat, cakap rapunzel buat kerja tidak teliti dan macam2 lagi la. Rapunzel bagitau lagi yang paling dia ambil hati sangat2 ialah bila aunty mengadu kat uncle dan boyfriend kazen saya pasal keadaan family saya *sigh. Saya pun ambil hati juga bila rapunzel cerita hal nie kat saya, tapi saya tak mahu emosional, kerana masalah tidak harus ditangani secara emosional kan^_^[senyuman terpaksa].

Rapunzel tekad tidak mahu lagi jaga anak aunty saya, saya  hanya mampu nasihatkan dia supaya pergi bukan secara melarikan diri tapi pergi biarlah beradat, bincang dengan aunty secara baik2, minta maaf apa adanya[saya bagitau rapunzel "kite nie orang bawahan, aunty pula orang atasan, maka walau apa yang terjadi biarlah kita yang merendahkan diri, bukan kerana kita tidak bermaruah tapi manakan kucing mampu melawan harimau, biarlah api lawannya air"]. Saya tak juga salahkan aunty, mungkin dia ada sebab sendiri maka dia begitu, tapi kalau dia bersalah pada hal ini lambat laun pasti dia akan berasa bersalah pada suatu hari nanti, mungkin ambil masa yang lama tapi kesannya sangat mendalam.

Kenapa orang yang senang selalu menganggap orang yang miskin sebagai orang yang sangat bermasalah? Betulkah semua orang yang senang dan kaya itu tidak berhati perut, selalu pandang rendah pada orang lain?

Pening kepala saya sebab terlalu banyak hal yang saya fikirkan, saya risau pasal keadaan rapunzel di sana, saya risau keadaan kewangan family saya, saya risau dengan segala macam lagi masalah saya sendiri. Memang saya berasa sangat pening, seperti takda jalan yang lurus di depan saya pada waktu dan ketika ini.

Alangkah bagusnya, kalau bila saya bangun keesokkan harinya semua masalah pada hari ini tidak perlu lagi di bawa ke hari seterusnya. Ataupun alangkah bagusnya kalau masalah saya boleh selesai dengan mudah macam drama korea yang  selalu mengisahkan gadis miskin bertemu lelaki kaya yang baik kemudian akan sedaya upaya untuk membantu dia *sigh T_T.

Letihnye otak saya, mahu tidur sebentar la. Berdoa semoga beban yang saya tanggung pada hari ini akan diringankan...amen.

Sunday, September 19, 2010

Cuties, Colorful But Cheap!

Hurmm.....hari yang agak baik, mahu menikmati hari ini dengan melakukan perkara yang disukai~~tengok movie itu semestinya, buat project D.I.Y sebab kawan minta untuk buat aksesori kat handbag dia, dan sudah semestinya ialah UPDATE BLOG iaitu kawan sejati tempat untuk meluahkan segala masalah, berkongsi pengalaman dan bercerita apa2 saja yang disukai. Esok dah MULA KELAS!errrrrr....kebetulan kawan bagi text kat FB nak remind yang esok kelas sudah bermula selepas bercuti selama dua minggu *sigh, tak terasa dua minggu sudah berlalu tinggal 6 minggu lagi waktu kuliah, kemudian 3 weeks break, final exam last paper 30hb, then apa lagi BALIKKKKKKKKK!! lerrr hehe.

Hari nie nak share pasal FASHION!^_^. Saya ada juga dulu2 angan2 nak jadi fashion designer sebab terpengaruh dengan kawan2 di sekeliling yang suka bergaya plus suka sangat tengok apa2 saja majalah berkaitan dengan fesyen. Apa yang saya boleh describe tentang fashion designer ialah~~~freedom, wisdom and courage.

Freedom~~bebas dalam berkarya mengeluarkan idea.

Wisdom~~harus seorang bijak dan kehadapan baru itu dikatakan sebagai fashion designer!

Courage~~tidak gentar dengan sebarang kritikan, bukan senang nak puaskan hati manusia.

Word of the day~~~Haute Couture,refers to the creation of exclusive custom-fitted clothing. Haute couture is made to order for a specific customer, and it is usually made from high-quality, expensive fabric and sewn with extreme attention to detail and finish by the most experienced and capable seamstresses, often using time-consuming, hand-executed techniques(wikipedia).


Sebenarnya ini barulah inti pati cerita yang saya nak share, yang kat atas tue cuma pembuka bicara kiranye^_^......takde ayat yang panjang untuk menerangkan apa yang saya nak sampaikan cukuplah gambar sebagai medium untuk menjelaskan segala-galanya.....watch outtttttttttt!!^_^


Opppppssss.....jap2, sebelum tue ada lagi sepatah dua kata huhu sori2......apa yang saya nak cakap, outfit nie semuanya dalam lingkungan harga di bawah RM50 ataupun lebih kurang daripada $16 ke bawah, ok tayangan pun bermula...........................loading..............................................................................................................


"Cat" Print Drape-Pocket Sleeveless Dress




Star Pattern Tank Dress



Lace Bodice Polka Dot Strapless Party Dress




Color-Block Sleeveless Dress



Polka Dot Frilled Sundress




Print Tank Top + Sleeveless Striped Long Top



Sleeveless Stripe Long Top



Print Tank Dress



Print Tank Maxi Dress



Print Tank Maxi Dress



Floral Print Strapless Dress




Smocked Panel Lace-Up Print Sundress





Banyak jer pakaian ataupun aksesori yang cantik2 dan nampak bergaya bila dipakai tetapi harganye murah saje~~terutamanya kepada individu yang masih bergelar pelajar, mahu bergaya tapi bajet tak cukup, tak payah beli yang mahal2 beli la sekadar yang termampu, cuma kena rajin jer cari sumber atau tempat yang berpatutan untuk dapatkan pakaian ataupun aksesori yang kita mahukan. Kadang2 baju yang kat pasar malam dan baju yang kat shopping mall tue lebih kurang sama jer cuma apabila ia berada di 2 tempat yang berbeza harga tentu berbeza juga  atas faktor sewa kedai dan juga lain2 charge.


Blog saya bukanlah tentang fashion tapi saja2 mahu share tentang beberapa outfit ataupun lovely stuff yang trendy, cutie yang menjadi kegemaran individu masa kini, mana la tau kalau ia boleh membantu siapa2 yang berasa entri nie membantu^_^.


Saturday, September 18, 2010

farewell

Dear blog,


Man's feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and of farewell. 
 ~Jean Paul Richter

Saya pernah mengadukan dalam entri yang sebelumnya pasal saya tak suka dengan kedatangan adik dan kawan adik kepada housemate sayakan sebelum ini. Mula2 memang rasa tak selesa sangat, kami masing-masing buat hal sendiri, saya selepas masak dan habis makan akan terus masuk ke bilik(untuk hari pertama dan setengah hari ke-2). Aduh memang agak rasa tertekan la=(. Sehingga saya, setengah hari ke 2 selepas habis makan saya tak nak terus masuk bilik tapi saya mula nak berbual mesra dengan mereka, tengok2 kami dah boleh bergelak ketawa, wahhh!time nie dah mula rasa kemesraan dan tekanan pun hilang!hehe.

Syukur dalam tempoh masa 2 minggu nie, kami telah spend masa bersama dengan sebaik mungkin cuma bazir jer 1day N half tue kami buang begitu saja(engine kemesraan lambat panas!). Setiap hari penuh dengan gelak ketawa, banyak perkara lucu berlaku, sampaikan tak sedar pejam celik pejam celik, hari nie mereka berdua sudah balik semula ke tempat study mereka semula=(.....ya saya sedih sangat sekarang, terasa kehilangan seorang kawan, walaupun  tempoh perkenalan tidak lama tapi padat dengan kenangan yang manis, owh..so sweet.

Saya bukan tak suka tapi memang sangat tak suka untuk pergi ke tempat baru ataupun perlu menyesuaikan diri dengan orang sekeliling yang baru dikenali, saya lambat mesra tapi bila saja saya dan orang  yang baru saya kenali mula mesra satu lagi masalah timbul, saya sangat sedih untuk berpisah! Ya, tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan, oleh kerana adanya pertemuan sebab itu juga adanya perpisahan OLEH ITU saya kurang selesa dengan dua perkataan ini iaitu PERTEMUAN dan PERPISAHAN=(



tWinkle..tWinkle little star


gimme ur hand, i wanna hold it, so we can walk together=)

Without wearing any mask we are conscious of, we have a special face for each friend.  ~Oliver Wendell Holmes


In my friend, I find a second self.  ~Isabel Norton




Bern N me....i remember germany i will remember this girl~bern haha, what a so fanatic wif germany

3 of us~~bern, me , rachel

Thursday, September 16, 2010

Rapunzel In Trouble

Dear blog,

Pagi yang pada mulanya ku sangka tenang tiba2 menjadi kelam bila rapunzel bagi msg kat FB minta saya call dia kejap, dalam hati saya dah buat andaian mesti dia ada masalah kat sana....ya, bingo!memang betul dia sedang sedih apabila mama marah pasal pergi rumah kazen lama sangat, tambah lagi sampai dia terpaksa ponteng kelas driving! Aduhai mana tak mama marah, mula2 saya pun rasa macam nak marah dia juga tapi bila dengar dia nangis *sigh* terus terbatal niat saya nak tumpang sekaki ngan mama nak marah dia.

Dia sedih bila mama marah tanpa usul periksa[melampau juga mama off call sebelum sempat rapunzel nak terang apa2]. Hurmmm.....tak tau la saya nak cakap apa pasal hal nie, sebab terlampau banyak masalah lain sampai saya pun dah lali kalau setakat kena marah[terutamanya dengan mama, sebab bagi saya mama marah tak apa tapi kalau orang lain yang marah2 saya barulah saya akan terasa hati yang amat sangat]

Adakah hari ini akan terus kelam sepanjang hari? Atau adakah ia akan berubah? Saya pun tak pasti lagi bagaimana perjalanan hari saya pada hari ini *sigh*.

Handmade Soap

Puas saya mencari produk yang lebih bersifat natural dengan bahan-bahannya diperbuat daripada alam semulajadi seperti lavender, aloe vera, lemon, and so on la, saya terjumpa satu website yang menerangkan tentang produk yang diperbuat daripada sumber alam semulajadi, produknya terdiri daripada produk penjagaan rambut, badan, muka sehinggalah kepada produk untuk massage & SPA, lilin dan juga handmade soap. Yang paling saya teruja dengan produk ini ialah ia semuanya adalah handmade dan juga berasaskan sumber semulajadi(ermmm dah berapa kali saya mention kan tentang nie kan^_^).



Handmade Soap :


Allspice Handmade Coconut Milk Soap





Lemon Sugar & Vetiver Handmade Coconut Milk Soap




Asiatic Lily & Canteloupe Handmade Coconut Milk Soap






Bergamot & Violet Handmade Coconut Milk Soap




Black Orchid & Lily Handmade Coconut Milk Soap




Coconut Macaroon Handmade Coconut Milk Soap




Lilac Handmade Coconut Milk Soap




Pink Grapefruit Handmade Coconut Milk Soap




Provence Handmade Coconut Milk Soap




Pumpkin Spice Handmade Coconut Milk Soap





Rosemary Mint Handmade Coconut Milk Soap






Vanilla Bean Handmade Coconut Milk Soap


 

Nampak macam yummmy jer sabun nie kan, saya tengok dah macam kek pun ada haha...janganlah ada yang termakan sabun bila nampak sedap plus wangi lagi tue=)

In Time of Test, Family is The Best

Dear blog,

Hari terbangun dari tidur bila terdengar bunyi mesej masuk-housemate punye mesej, nak bagitau yang dia balik sabtu nie. Jelesnye saya, kawan2 yang di semenanjung dapat balik jumpa family untuk lepaskan rindu tapi saya *sigh* mungkin awal bulan 12 nanti baru boleh jumpa family tercinta, ermmm 1 tempoh masa yang agak panjang. Nasib baik la ada kemudahan telefon dan juga internet untuk menghubungi family kalau tidak?! Saya tak tau la macam mana keadaan saya kalau tidak dapat mendengar suara mama terutamanya apabila berada dalam keadaan yang tertekan di sini(menulis sambil tanpa disedari mengalirkan air mataT_T).


Bila berkumpul bersama, bukan tidak pernah bercakaran memang selalu ada saja benda yang nak digaduhkan dengan adik-adik, terutamanya apabila hari ahad selepas pulang dari church, bila seorang arahkan seorang untuk masak nasi for lunch ataupun berkemas rumah(sebab mama memang tidak suka rumah berselerak terutamanya weekend sebab akan ada saja tetamu yang nak datang rumah). Tapi bila berjauhan memang terasa sangat perasaan merindui di antara satu sama lain(terutamanya adik lelaki saya yang dua orang itu, nampak jer brutal tapi sangat2 caring haha).


Bila semua berkumpul di rumah, walaupun hanya ada 6 orang penghuni saja tapi kedengaran macam ada 10 orang haha...masing2 ada perangai sendiri, mama lebih suka buat keja kraftangan, abak pula suka mengemas segala apa yang ada di stor, seorang budak lelaki pula lebih suka melepak, seorang pula lebih suka berkepit dengan radio dan guitar, manakala dua orang anak gadis pula sangat suka untuk bergosip=). Tapi apabila masa untuk berkumpul bersama, kami sangat suka main daun terup(tanpa duit yer, saje2 sebagai game hiburan bersama), suka berbincang tentang team football favorite kiteorang, cakap pasal politik dan kadang2 terselit juga agenda mengumpat jiran tetangga haha...


[Hurmmm...selepas bercerita tentang family, saya berasa sedikit lega^_^]