Tuesday, August 31, 2010

Sebiru Hari Ini

Dear blog,


Ermmm....hari yang cerah, membuatkan saya sedikit bersemangat, tambahan rapunzel pun kedengaran sudah agak ok di sana. Thanks God, kerana kamu sentiasa ada untuk saya dikala saya sedang berserabut dengan seribu 1 masalah, walaupun saya tidak dapat melihat Kamu tetapi hangat kasih Kamu dapat saya rasakan dalam hidup saya.

Rapunzel cadang nak buka fast food stall berdekatan dengan rumah tetapi saya rasa tempat tue macam tak strategi pun, bagus lagi kalau dia buka berdekatan dengan kawasan sekolah kiteorang dulu. Saya tumpang gembira dengan idea rapunzel-buka bisnes. Rapunzel memang jauh bertabah dari saya, dia tak mudah merungut, tidak mudah menangis bila berdepan dengan masalah malah tidak langsung menunjukkan reaksi kesedihan kepada orang lain- i'm so envy you rapunzel! Harap2 apa yang dirancang rapunzel tue akan berjaya, sangat2 berharap-please God, help us...Amen.

Hari nie takde kelas, so saya nak buat apa yer? Oh I think I have a good idea to kill my time hehe- DO A HANDCRAFT yeyeyeyeee!


Each morning when I open
my eyes I say to myself: " I, not event, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be. Yesterday is dead, tomorrow hasn't arrived yet. I just have one day, TODAY, so i'm going to be happy in it".....Amen

The heart has reasons which the reason cannot be understand.

Dear blog,

Memahami dan difahami adalah dua perkara yang agak sukar untuk dilakukan, kadang2 kita rasa kita sudah cukup memahami seseorang itu tapi sampai satu tahap pula terasa masih ada lagi perkara yang kita tidak faham tentang dia. Hari nie saya juga mengalami perasaan begitu, saya ingatkan saya sudah cukup memahami kawan2 saya tapi rupa-rupanya belum cukup lagi. Bila saya berhadapan dengan masalah saya sangat berharap agar kawan saya dapat memahami keadaan saya. Saya mahu dia boleh menjadi telinga untuk mendengar masalah saya tapi................*sighing*

Saya munasabah sendiri "saya dan orang lain adalah berbeza", jadi saya tidak boleh mengharapkan orang lain adalah seperti saya ataupun dapat memahami apa yang saya mahukan. Walaupun ada sedikit kekecewaan bila orang lain tidak memahami kita tapi apa boleh buat, kita sendiri yang kena belajar untuk memahami diri sendiri itu yang lebih penting.

chayok2!

"The heart has reasons which the reason cannot  be understand" -Blaise Pascal



Trouble Is A Friend

Dear blog,

Kenapa hidup mesti ada masalah? Kenapa ada orang yang masalah dia kecil saja tapi ada jugak yang punya masalah besar? Ada masalah yang kita boleh kongsi dengan orang tapi ada jugak masalah yang kita segan nak bagitau orang dan terpaksa kita pendam sorang diri. Dua tiga hari nie saya agak letih memikirkan masalah dalam hidup, jauh lebih letih daripada saya memikirkan tentang asignment. Semalam mama call, dia bagitau dia dah takde handset sebab sudah rosak tapi bunyi dia cakap macam handset dia sebenarnya dah adik saya ambik.

Kalau la saya dah bekerja dan dah ada duit sendiri boleh la saya tolong belikan handset baru untuk mama. Sebenarnya saya baru nak bagitau mama yang pocket money saya dah takde tambah lagi banyak benda yang nak dibayar tapi bila saya dengar masalah mama terus terbantut hasrat saya nak bagitau mama pasal hal tue:(. Bila mama tanya sama ada saya masih ada pocket money, saya hanya mampu tergelak(pura2 supaya mama tak tau masalah saya disini) dan bagitau pocket money saya masih ada lagi.

Ada juga hasrat saya untuk kerja part time tapi saya tak tahu macam mana nak dapatkan kerja tambah lagi saya tak pernah pun kerja part time *sighing*. Bila berada dalam situasi sekarang saya betul2 tak tahu apa yang patut saya buat, arah mana yang patut saya pergi untuk keluar dari masalah nie. Bertambah lagi keserabutan dalam kepala saya bila rapunzel juga mengadu masalah dia, saya baru nak mengadu dengan dia tapi tak akan la saya nak menambahkan lagi masalah dalam hidup dia. Sepatutnya sebagai kakak saya la yang berusaha untuk meringankan beban yang adik2 tanggung bukannya menambahkan beban. So saya terpaksa pendam jak masalah nie erat2 dalam diri saya sendiri.

Walaupun kadang2 saya rasa betul2 berputus asa tapi masih juga saya mengharapkan akan ada jalan untuk saya keluar dari masalah nie.

Dear blog....

Geram betul tengok blog yang lama tue tak dapat nak sign in, dah la tengah otak serabut dengan 1000 1 macam masalah arghhhhhh! Blog, mulai hari nie terpaksa la kamu bersabar mendengar segala macam masalah yang saya akan luahkan kat awak, maaf yer tapi saya tak tahu nak cakap kat siapa lagi kalau bukan kamu *sighing*.