Aduiiii en.Blog.....keletihan gaban2 nie huhu tapi apa pun sangat gembira kerana 1 program dah lepas tinggal program untuk hari esok dan program hari sabtu depan iaitu pergi Hospital Melaka [buat aktiviti dengan orang sakit mental kat sana]. Nampaknya, minggu nie langsung saya tak dapat nak berehat=(, dah la hari isnin kelas padat pula tueT_T.....huh! Chayok2 bah Sindarela *bagi semangat untuk diri sendiri=), ya patutnya saya kena menghargai setiap perkara yang saya lakukan disini sebelum next sem dah kena praktikum!!!
Sebenarnya walaupun memang sangat letih bila sudah habis buat program [sebab banyak keja kena buat sebelum program berjalan], tapi the end bila dapat feedback yang baik dari peserta program, terus hilang dah segala penat lelah yang saya rasa. Tambah lagi kalau benda yang kita nak sampai tue mencapai matlamat *macam ibu2 yang keletihan menyediakan makanan untuk family tapi bila melihat anak2 dan suami makan dengan penuh selera terus hilang dah keletihan tue.....hah lebih kurang macam tue la perasaan saya bila melihat program yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta^_^.
Bila flashback balik program2 yang pernah saya jalankan sepanjang belajar disini, banyaknya pengalaman menarik yang saya dapat, misalnya bila kena buat program dengan penghuni serenti punye la takut [termasuk rakan lelaki pun takut haisshhh!:P], tapi the end dapat 1 pengalaman yang berharga iaitu dapat berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan bekas penagih dadah nie [mereka bukanla seteruk yang kita sangka rupa2nya]. Kemudian buat pula program dengan budak2 sekolah, lagi seronok dan lagi banyak pengalaman saya dapat. Sem nie pula kena buat program dengan orang sakit mental [belum tahu lagi apa pengalaman atau peristiwa yang saya akan dapat]
Melalui program2 yang dibuat nie bagi saya apa yang seronoknya adalah apabila bercakap tentang kerjasama rakan sekumpulan, kalau saya memang bertuah selalu dapat rakan sekumpulan yang gila2, sporting habis, dan selamba jer haha. Bila buat program, macam2 hal yang akan kita alami, percakaran, perselisihan faham atau percanggahan pendapat MEMANG akan berlaku, PASTI SANGAT2!! hahaha....tapi bila dah habis aktiviti atau program kite orang akan kembali normal, takde dah nak masam2 muka^_^.
No comments:
Post a Comment