Tuesday, October 5, 2010

MUSIC THERAPY

semalam dalam kelas Kaunseling Kanak2, kiteorang belajar tentang music therapy yang boleh digunakan untuk membantu kanak2 meluahkan perasaannya yang sukar untuk diluahkan dengan kata2 sebagaimana kita berbual biasa. sebelum nie ada juga kami belajar tentang teknik lain seperti miniature animal, art therapy, dan juga penggunaan clay/plasticine untuk tackle klien kanak2 yang memerlukan sesi kaunseling, yang mana kita sedia maklum kanak2 nie selalunya tak tahu macam mana nak express perasaan mereka dengan kata2, so kite as a counselor kena guna cara lain untuk "mengorek" rahsia hati kanak2 ini. walaubagaimanapun dalam banyak2 teknik nie saya lebih berminat dengan music therapy kerana saya merasakan ia lebih sesuai digunakan untuk klien kite yang berada di peringkat usia remaja memandangkan setting pekerjaan saya nanti pun di sekolah menengah.

payah la juga kalau nak bawa remaja nie main clay or miniature animal, semacam tak berapa sesuai dengan usia mereka kan^_^.

TUJUAN PENGGUNAAN MUSIC THERAPY :

#boleh bantu seseorang tue tok jelaskan perasaan or pemikiran sebenarnya yang dia sedang alami. misalnya bila kite break off dengan bf/gf time tue memang kite rasa down sangat2 kan, ada orang yang boleh secara terbuka share perasaan dia dengan orang lain tapi ada juga yang sangat sukar tok berkongsi apa saja perasaan yang dia sedang alami, so music therapy mungkin medium yang sesuai tok individu tue luahkan perasaan terpendam dia.

#music therapy nie juga boleh memulihkan dan memupuk semula perasaan kite. bayangkan time kamu tengah down tue tibe2 kamu dengar 1 lagu or music yang terasa memberi 1 aura positif kepada kamu, sudah pasti kamu akan bersemangat semula kan, walaupun tak la sembuh sepenuhnya perasaan sedih kamu tue tapi sekurang-kurangnya kamu ok sikit kan....

#kadang2 kite nie tak berapa pasti dengan perasaan sendiri ialah misalnya kamu berasa marah bila kawan tak bagitau perkara sebenar tapi bila di masa lain kawan tue berterus terang, kamu akan rasa sedih pula dan cakap2 dalam hati "ermmmm kalau pun tak suka saya jangan lah berterus terang sangat bagitau saya" [contoh]. so melalui music nie kamu boleh kenal pasti perasaan diri dengan jelas *contoh, bila sedih dengar lah lagu yang lebih kurang sama dengan perasaan yang sedang kamu alami tue, tapi bila dah dengar lagu tue kamu akan bertanya kat diri sendiri "ermm macam nie ker perasaan saya sekarang??", bila dah pasti dengan perasaan sendiri so cari la 1 lagi lagu yang boleh menaikkan semula perasaan kamu tue^_^.



hari khamis nie kami setiap orang kena bawa lagu masing2 yang signifikan dengan diri sendiri time kelas Kaunseling Kanak-kanak nie, so saya pilih lagu nie, saya suka segalanya tentang lagu nie, lagu nie macam mengajar saya tok menjadi diri sendiri dan bukannya menjadi plastik------->I'M ME, DON'T LIKE I DON'T CARE =)

No comments:

Post a Comment