Thursday, September 9, 2010

Love Isn't Alone---Believe It

Dear blog,


Hari nie bangun pagi, mandi, pergi laundry, breakfast, buka fb then masak tok lunch dan seterusnya, takde aktiviti yang menarikkan??^_^ kehidupan biasa-biasa sahaja, hari-hari yang berlalu juga seperti biasa, mungkin kerana saya adalah gadis yang biasa-biasa saja, melainkan la satu hari bila saya terbangun dari tidur, saya adalah seorang actress terkenal, semestinya setiap hari yang berlalu adalah tersangat sibuk, macam-macam pengalaman yang dihadapi, berjumpa dengan pelbagai orang dan juga penuh dengan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan(mungkin!)


Tapi walaupun setiap hari adalah biasa saja dan perkara rutin yang sama setiap hari berlaku tetap juga saya berusaha untuk mejadikan hari saya adalah yang terbaik, tidak sia-sia dan memberi sesuatu pengalaman yang baru. Ada juga perkara yang berlaku dalam setiap hari itu menjadikan saya lebih kuat, bertabah dan lebih matang untuk meghadapi cabaran dihari lain(saya umpamakan hidup ini adalah explorace!)


2 3 hari yang berlalu, classmate saya dulu merangkap kawan lelaki yang agak rapat dengan saya semasa di sekolah menengah merangkap juga pernah menjadi boyfriend(walaupun hanya bertahan 3 hari saja!), ada menghubungi saya. Hubungan kami berdua boleh dikatakan macam Chipsmore, sekejap ada sekejap takde, saya akui saya yang cuba untuk menjarakkan diri daripada dia, bukan apa sebab saya tak nak perkara yang lebih buruk akan berlaku yang akan menyebabkan saya kehilangan dia selamanya!T_T. Dia mengadu dia terlibat dengan accident(selalunya dia akan menghubungi saya apabila setiap kali dia sakit ataupun cedera).

Walaupun masa mula2 hubungan kami berdua tidak begitu baik, saya bertekad untuk lupakan dia terus malah mahu membuang dia jauh2 dari hidup saya tapi apa yang berlaku......................setiap kali itu juga saya gagal untuk melupakan dia, malah walaupun no phone dia saya sudah delete tetap juga saya masih boleh ingat dengan jelas!=(.


"Very easy to fall in love but so hard to forget it or let it go.........."


Pernah juga dia bertanya kepada saya, sama ada saya sudah ada teman lelaki, saya beri jawapan jujur saya belum jumpa lagi yang sesuai, kemudian dia cakap"kamu harus bukak hati kepada yang lain, baru kamu akan jumpa yang sesuai"....haha.....bukan senang untuk membuka hati kepada orang lain, memilih seseorang untuk dijadikan teman yang lebih daripada seorang kawan biasa bukan la sesenang memilih baju yang sesuai dengan kita, bukan?? Mungkin belum tiba juga masanya saya akan bertemu dengan seseorang yang sesuai, takpa saya sangat berkeyakinan suatu hari nanti saya pasti akan menemui MR.RIGHT saya^_^.....Tuhan sudah sediakan saya seseorang yang sesuai cumanya saya perlu bersabar untuk menunggu masa itu tiba kan....




No comments:

Post a Comment