Thursday, October 14, 2010

BURN OUT

Dear blog,

Agak lama jugak tak update blog nie hurmm sebab terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan yang berlambak dan sangat2 meminta untuk dibereskan memandangkan hanya tinggal 2 minggu kuliah lagi sebelum abis semester nie, ada 2 tugasan perlu di submit hujung minggu nie, ada 2 pembentangan juga untuk hujung minggu nie serta perlu analisis data bagi kajian saya(thesis), aduhai betul2 tak menang tangan dibuatnya tapi nak buat macam mana itulah tanggungjawab sebagai seorang pelajar(ayat positif giler hehe).

Selain dipeningkan dengan tugasan yang melambak di tambah pula dengan masalah kewangan(pocket kosong giler huhu) almaklum la untuk sem nie saya perlu banyak kali kena outstation so banyak juga la duit yang diperlukan[sori mama & abakT_T], nasib la family sangat faham keadaan saya, malah mama siap bagitau lagi kalau duit tak cukup mesti bagitau-family paling risau kalau saya terpaksa kebulur kat sini(setakat nie belum penah lagi la saya terpaksa makan maggi kerana takde duit tok makan, makan maggi pun sebab suka2 hehe).

sebenarnya, hari nie saya terasa rindu sangat dengan family especially mama dengan abakT_T, mungkin sebab agak tertekan dengan situasi sekarang maka jiwa pun sedikit kacau la, tak sabar saya nak abiskan tok sem nie, saya nak menikmati cuti sepuas-puasnya di rumah, boleh buat apa yang disukai, tak tertekan dengan segala tugasan dan perlu risau pasal duit[kalau kat sini bangun pagi jer mesti pasal duit duit duit huh!].

Tinggal 2 minggu lagi kuliah then cuti selama 3 minggu-cuti study weeks N cuti khas, kemudian final exam[23-30/11/2010], ingat nak balik dalam 6/12/2010[ticket flite tak beli lagi aduhai.....]. Harap2 sebelum final exam, thesis saya dah settle segala...amen.


Mama, abak, rapunzel, gaara N naruto-------------->miss u all so muchhhhhh!

No comments:

Post a Comment