Tuesday, September 28, 2010

NAPA ADA MANUSIA YANG SEBEGITU YER!

Fuhhh lega dah sampai rumah lalalala^_^, dah pukul 11 lebih malam sekarang baru dapat rehat2 kat rumah.

"PERJALANAN AKTIVITI SAYA HARI INI"

Hari nie agak letih sikit la, walaupun kelas ada 1 jer tapi sebab kelas tue bukan kat dalam kampus utama menyebabkan saya kena naik 3 bus tok ulang alik dari kolej kediaman ke kelas then guna 1 lagi bus tok ke kampus baru boleh naik 1 lagi bus tok balik kolej kediaman *dahsyatkan sampai kena naik 3 bus huhu. Habis kelas bukannya terus dapat balik umah, kena lagi urus banyak hal berkenaan dengan tugasan, sampai2 kat umah pun dah pukul 2 lebih then cuba siapkan montaj untuk pembentangan next week, aiyoooo mata ngantuk sangat, tidur jap, tengok2 jam dah kul 7pm, alamakkkk!saya ada perjumpaan untuk Majlis Pra-Graduasi la pula, so dengan malasnye kena la bangun tok mandi dan siap segala huhuhu*letih letih letih=(.

"PERKARA YANG MENJENGKELKAN HARI NIE :P"

Hari nie saya alami dua perkara yang saya rasa agak menjengkelkan dan common sense la. Ada juga ya manusia yang boleh dikatakan bijak pandai la [*yelah kalau dah masuk Universiti kira pandai la tue kalau nak dibandingkan dengan nenek saya yang tak pernah bersekolah] tapi tahap PEMIKIRAN macam budak PRA SEKOLAH! Ceritanye macam nie, ada seorang rakan sekumpulan saya tue, dia sangat2 la suka mengarah orang, sepertinya dia nak semua kerja tue ahli kumpulan selain dia yang siapkan laporan tugasan, dia just nak goyang kaki jer!! Mentang2 la dia pengarah program *hoh...ingat ade title pengarah terus la suka2 nak arahkan orang eiiii yerrrr nasiblah dah tamat program, lega sangat2 takyah jumpa dia lagi. Tapi masalahnye saya masih kena lagi berhubung dengan dia sebab nak minta semua gambar sepanjang program tue berlangsung, sebabnye saya perlukan gambar2 tue tok buat montaj, sampaikan nak minta gambar2 tue pun dia punye la banyak alasan sampai nak tergeliat kot lidah dia bagi 1000 1 macam alasan, saya tak cakap dia tak nak bagi gambar2 tue tapi mungkin dia tak nak buang masa kot tok send folder gambar tue kat pendrive *sigh, tengok seperti tak percaya ada gak orang macam nie kan.....

Nie lagi satu cerita tentang orang yang ada ilmu penuh di dada konon2 tapi langsung tak bertindak, berfikir dan berfungsi sebagaimana yang dijangkakan. Ceritanya begini, memandangkan nie adalah semester terakhir kami bersama sebelum pergi praktikum dan juga konvo so kiteorang bercadang la nak adakan majlis pra graduasi(MPG) tok seramai 176orang batch course counseling 07, dan masalah pun bermula, dengan ada orang nie yang tak bersetuju nak pergi sebab kena bayar mahal*Rm150, ada juga yang tak bersetuju sebab nak siapkan tesis dan ada juga yang tak setuju nak pergi sebab cakap majlis macam tue TAK BAGI MANFAAT DAN NILAI kat mereka *cough & sigh, aduhaiiii memang la majlis macam tue tak bagi manfaat dari segi ilmu sebab tue bukannya kelas pun tapi kalau nak difikir2 majlis sebegitu kiranye mengajar kite bagaimana untuk bergaul, berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial dengan orang disekeliling, tambah2 lagi kite nie bakal pendidik yang sepatutnya mempunyai tahap sosial yang baik *bukan sosial yang masalah sosial tue k! Huh...pening la jugak kepala saya bila memikirkan teman2 yang langsung susah sangat diatur, kesian la saya tengok kawan2 yang bersusah payah tok adakan majlis nie, bukan apa majlis sebegini diharapkan dapat dijadikan sebagai kenangan terindah selepas tamat belajar nanti *TUE PUN ADA LAGI YANG TAK TAHU NAPA KITEORANG BERIA-IA NAK MAJLIS NIE!


Ha....tak nak fikir la, lantak mereka la, tak nak pergi sudah, berkawan la dengan monyet2 kat dalam hutan tue, tak pun takyah ambik subjek kaunseling, langsung tak sesuai dengan personaliti orang yang sepertinya anti-sosial :P~~.

Gudnite. Sori mengumpat banyak sangat hari nie huhu.....*Tuhan, maafkan la saya ok=(



No comments:

Post a Comment