Saturday, September 11, 2010

Life

Dear blog,

Di dalam melayari kehidupan  ini terlalu banyak perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan kita, yelah kan "kita merancang tapi Tuhan yang menentukan". Misalnya apabila kamu berasakan bahawa kehidupan sudah tidak bermakna tiba-tiba akan ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan kamu bersemangat semula untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan. Begitu juga apabila kamu begitu bersemangat untuk melakukan sesuatu pasti ada saja perkara yang akan merosakkan semangat kamu, lantas membuatkan kita berasa sedih, kecewa dan tidak selesa dengan kehidupan. Tapi itu  la namanya KEHIDUPAN-sangat unik penuh dengan misteri.

Macam saya, apabila kawan serumah mahu membawa adik dan kawan adik dia untuk tinggal bersama dengan kami berdua selama 2 minggu pada mulanya saya sangat suka, yelah tak la kami berdua kesunyian tinggal di kolej sementara kawan2 serumah yang lain balik bercuti hari raya. Tapi apabila tiba hari yang saya tunggu2 itu, tiba2 saya berasa sangat tidak suka dengan kehadiran mereka, saya berasa tidak selesa malah mahu menumpang rumah kawan yang lain pulak(agak kelakar bukan-mula2 suka kemudian tak suka pula).

Saya berasa sangat derita dengan kehadiran mereka selama 2 hari la, kemudian saya cuba untuk berbual mesra, dan dekat dengan mereka. Sekarang apa yang berlaku.................kami sudah berkawan baik, malah seperti kami adalah sebaya(mereka berdua muda 4 thn), siap buat perkara yang tersangat gila2 la, kami bergurau senda seperti kami sudah bertahun-tahun berkenalan dan berkawan baik. Harap2 la semoga perhubungan yang baik ini akan berkekalan sampai la mereka berdua balik semula ke tempat study mereka, semoga percutian selama 2 minggu ini membawa kegembiraan juga kepada mereka berdua dan juga saya.

Life is a ticket to the greatest show on earth~~Martin H. Fischer

No comments:

Post a Comment