Thursday, September 16, 2010

In Time of Test, Family is The Best

Dear blog,

Hari terbangun dari tidur bila terdengar bunyi mesej masuk-housemate punye mesej, nak bagitau yang dia balik sabtu nie. Jelesnye saya, kawan2 yang di semenanjung dapat balik jumpa family untuk lepaskan rindu tapi saya *sigh* mungkin awal bulan 12 nanti baru boleh jumpa family tercinta, ermmm 1 tempoh masa yang agak panjang. Nasib baik la ada kemudahan telefon dan juga internet untuk menghubungi family kalau tidak?! Saya tak tau la macam mana keadaan saya kalau tidak dapat mendengar suara mama terutamanya apabila berada dalam keadaan yang tertekan di sini(menulis sambil tanpa disedari mengalirkan air mataT_T).


Bila berkumpul bersama, bukan tidak pernah bercakaran memang selalu ada saja benda yang nak digaduhkan dengan adik-adik, terutamanya apabila hari ahad selepas pulang dari church, bila seorang arahkan seorang untuk masak nasi for lunch ataupun berkemas rumah(sebab mama memang tidak suka rumah berselerak terutamanya weekend sebab akan ada saja tetamu yang nak datang rumah). Tapi bila berjauhan memang terasa sangat perasaan merindui di antara satu sama lain(terutamanya adik lelaki saya yang dua orang itu, nampak jer brutal tapi sangat2 caring haha).


Bila semua berkumpul di rumah, walaupun hanya ada 6 orang penghuni saja tapi kedengaran macam ada 10 orang haha...masing2 ada perangai sendiri, mama lebih suka buat keja kraftangan, abak pula suka mengemas segala apa yang ada di stor, seorang budak lelaki pula lebih suka melepak, seorang pula lebih suka berkepit dengan radio dan guitar, manakala dua orang anak gadis pula sangat suka untuk bergosip=). Tapi apabila masa untuk berkumpul bersama, kami sangat suka main daun terup(tanpa duit yer, saje2 sebagai game hiburan bersama), suka berbincang tentang team football favorite kiteorang, cakap pasal politik dan kadang2 terselit juga agenda mengumpat jiran tetangga haha...


[Hurmmm...selepas bercerita tentang family, saya berasa sedikit lega^_^]




No comments:

Post a Comment