Showing posts with label CounselingActivities. Show all posts
Showing posts with label CounselingActivities. Show all posts

Friday, October 22, 2010

THESIS PUNYE PASAL

Dear blog,

weeehoooooo......lapangnya dada bila dah abis bentang dapatan thesis, mana taknya kerana thesis nie terpaksa berkorban banyak perkara~~~tidur tak cukup[itu sudah semestinya=(! ], terpaksa banyak kali skip class[dah la sem nie semua subjek yang saya suka, so agak kecewa la bila tak hadir kelas], rehat hampir takde[punye la sakit badan] tapi yang peliknya makan sangat kenyang BUKAN KENYANG KERANA MAKAN NASI YER TAPI KENYANG MAKAN THESIS!nyum nyummmm.....sebab tu langsung tak rasa lapar walaupun seharian tak jumpa nasi huhu.

menghilangnya saya selama beberapa hari ini adalah kerana berjuang tok siapkan thesis ni la, tapi tu pun ada 2 kali lagi kena hantar draf selepas tamat pembentangan dapatan arrrrr! kalau dibandingkan dengan course lain, course kiteorang memang sangat teruk, orang lain takyah nak sibuk2 membentang proposal dan dapatan tapi kami MESTI!

Huh!leganye bila dah abis bentang petang tadi, lega kerana sudah diluluskan meneruskan penulisan bab terakhir yeeyyyyyeee. masa belum bentang punye rasa macam nak pecah jantung, takut penilai bagi komen2 yang melampau dan sampai tak dapat nak jawab, tapi syukur dapatan saya bolehd diterima dan valid=)

alamak mata dah nak hampir tertutup nie, mengantuk sangat sebab semalam tidur pukul 3 pagi dan bangun pukul 8 pagi then stay up till now!

Tuesday, October 5, 2010

MUSIC THERAPY

semalam dalam kelas Kaunseling Kanak2, kiteorang belajar tentang music therapy yang boleh digunakan untuk membantu kanak2 meluahkan perasaannya yang sukar untuk diluahkan dengan kata2 sebagaimana kita berbual biasa. sebelum nie ada juga kami belajar tentang teknik lain seperti miniature animal, art therapy, dan juga penggunaan clay/plasticine untuk tackle klien kanak2 yang memerlukan sesi kaunseling, yang mana kita sedia maklum kanak2 nie selalunya tak tahu macam mana nak express perasaan mereka dengan kata2, so kite as a counselor kena guna cara lain untuk "mengorek" rahsia hati kanak2 ini. walaubagaimanapun dalam banyak2 teknik nie saya lebih berminat dengan music therapy kerana saya merasakan ia lebih sesuai digunakan untuk klien kite yang berada di peringkat usia remaja memandangkan setting pekerjaan saya nanti pun di sekolah menengah.

payah la juga kalau nak bawa remaja nie main clay or miniature animal, semacam tak berapa sesuai dengan usia mereka kan^_^.

TUJUAN PENGGUNAAN MUSIC THERAPY :

#boleh bantu seseorang tue tok jelaskan perasaan or pemikiran sebenarnya yang dia sedang alami. misalnya bila kite break off dengan bf/gf time tue memang kite rasa down sangat2 kan, ada orang yang boleh secara terbuka share perasaan dia dengan orang lain tapi ada juga yang sangat sukar tok berkongsi apa saja perasaan yang dia sedang alami, so music therapy mungkin medium yang sesuai tok individu tue luahkan perasaan terpendam dia.

#music therapy nie juga boleh memulihkan dan memupuk semula perasaan kite. bayangkan time kamu tengah down tue tibe2 kamu dengar 1 lagu or music yang terasa memberi 1 aura positif kepada kamu, sudah pasti kamu akan bersemangat semula kan, walaupun tak la sembuh sepenuhnya perasaan sedih kamu tue tapi sekurang-kurangnya kamu ok sikit kan....

#kadang2 kite nie tak berapa pasti dengan perasaan sendiri ialah misalnya kamu berasa marah bila kawan tak bagitau perkara sebenar tapi bila di masa lain kawan tue berterus terang, kamu akan rasa sedih pula dan cakap2 dalam hati "ermmmm kalau pun tak suka saya jangan lah berterus terang sangat bagitau saya" [contoh]. so melalui music nie kamu boleh kenal pasti perasaan diri dengan jelas *contoh, bila sedih dengar lah lagu yang lebih kurang sama dengan perasaan yang sedang kamu alami tue, tapi bila dah dengar lagu tue kamu akan bertanya kat diri sendiri "ermm macam nie ker perasaan saya sekarang??", bila dah pasti dengan perasaan sendiri so cari la 1 lagi lagu yang boleh menaikkan semula perasaan kamu tue^_^.



hari khamis nie kami setiap orang kena bawa lagu masing2 yang signifikan dengan diri sendiri time kelas Kaunseling Kanak-kanak nie, so saya pilih lagu nie, saya suka segalanya tentang lagu nie, lagu nie macam mengajar saya tok menjadi diri sendiri dan bukannya menjadi plastik------->I'M ME, DON'T LIKE I DON'T CARE =)

Sunday, September 26, 2010

WEEKEND ACTIVITIES

Aduiiii en.Blog.....keletihan gaban2 nie huhu tapi apa pun sangat gembira kerana 1 program dah lepas tinggal program untuk hari esok dan program hari sabtu depan iaitu pergi Hospital Melaka [buat aktiviti dengan orang sakit mental kat sana]. Nampaknya, minggu nie langsung saya tak dapat nak berehat=(, dah la hari isnin kelas padat pula tueT_T.....huh! Chayok2 bah Sindarela *bagi semangat untuk diri sendiri=), ya patutnya saya kena menghargai setiap perkara yang saya lakukan disini sebelum next sem dah kena praktikum!!!

Sebenarnya walaupun memang sangat letih bila sudah habis buat program [sebab banyak keja kena buat sebelum program berjalan], tapi the end bila dapat feedback yang baik dari peserta program, terus hilang dah segala penat lelah yang saya rasa. Tambah lagi kalau benda yang kita nak sampai tue mencapai matlamat *macam ibu2 yang keletihan menyediakan makanan untuk family tapi bila melihat anak2 dan suami makan dengan penuh selera terus hilang dah keletihan tue.....hah lebih kurang macam tue la perasaan saya bila melihat program yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta^_^.

Bila flashback balik program2 yang pernah saya jalankan sepanjang belajar disini, banyaknya pengalaman menarik yang saya dapat, misalnya bila kena buat program dengan penghuni serenti punye la takut [termasuk rakan lelaki pun takut haisshhh!:P], tapi the end dapat 1 pengalaman yang berharga iaitu dapat berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan bekas penagih dadah nie [mereka bukanla seteruk yang kita sangka rupa2nya]. Kemudian buat pula program dengan budak2 sekolah, lagi seronok dan lagi banyak pengalaman saya dapat. Sem nie pula kena buat program dengan orang sakit mental [belum tahu lagi apa pengalaman atau peristiwa yang saya akan dapat]

Melalui program2 yang dibuat nie bagi saya apa yang seronoknya adalah  apabila bercakap tentang kerjasama rakan sekumpulan, kalau saya memang bertuah selalu dapat rakan sekumpulan yang gila2, sporting habis, dan selamba jer haha. Bila buat program, macam2 hal yang akan kita alami, percakaran, perselisihan faham atau percanggahan pendapat MEMANG akan berlaku, PASTI SANGAT2!! hahaha....tapi bila dah habis aktiviti atau program kite orang akan kembali normal, takde dah nak masam2 muka^_^.




Sebahagian daripada peserta program~~~~





Antara aktiviti yang dilakukan...mereka kena selesai 3 soalan yang berbentuk pengiraan dan pernyatan dalam tempoh masa 15 minit ^_^

Sebahagian daripada peserta program yang semuanye sangat sporting^_^. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat2 membantu kami sebagai para fasi. Kadang2 kejayaan sesuatu program itu bukan semata-mata bergantung kepada modul atau aktiviti yang dijalankan tetapi peranan para peserta juga memainkan peranan, itu pendapat saya la. Misalnya sebelum nie saya pernah buat program bersama-sama dengan beberapa buah family [sebab program nie adalah under family and counseling subject], aduhaii langsung tak seronok, sebabnya peserta kiteorang tue agak "kedinginan" la haha, bila ingat balik program tue memang sedih sangat. Tapi antara banyak2 program yang pernah saya dan kawan2 conduct, saya paling teruja dan suka dengan program yang kami lakukan bersama-sama dengan pelajar sekolah di sebuah sekolah teknik sekitar Perak, mereka memang sporting habis la, hilang segala penat lelah kami sebagai penganjur bila program tue mendapat sambutan, walaupun untuk program tue memang banyak kami kena berkorban dari segi masa, duit [semua perbelanjaan kena keluar dari pocket money sendiri=( ] dan juga keletihan yang gaban2 [sampai saya demam2 bila abis jer program].


Terima kasih semua muahhhhhhh^_^. Walaupun hujung minggu nie saya langsung tak dapat nak berehat *sigh Huhu...tambah lagi nak siapkan laporan program lagi tue *nose bleeding modeT_T, tapi saya sangat seronok, dapat pengalaman baru, jumpa pula kawan2 baru dan lagi 1 dapat lagi ilmu tambahan sebagai bekalan untuk praktikum next sem^_^ woohooooo.....