Kalaupun kita mahu kelihatan up to date tapi biarlah berpada, jangan jadikan diri kita sebagai hamba fesyen!
Gambar di bawah adalah beberapa style atau gaya berfesyen yang pada pendapat saya sebagai agak pelik dan.....tet...tet........=(. Here we go.....watch outttttttt!^_^
ermmm....macho ker kalau orang lelaki pakai skirt?? Kalaupun jeles dengan orang perempuan yang boleh pakai seluar dan boleh pula bergaya dengan skirt or gaun tapi tak nampak pelik ker lelaki pakai skirt??eiiiii yerrrrr.....harap lelaki di Malaysia masih normal dan tidak terlalu up to date dalam berfesyen sampai jadi macam nie=)
style: Unknown???
Agak speechless la mula-mula tengok orang yang berfesyen macam nie. Macam tak percaya pun ada. Ingatkan budak-budak tadika jer yang nak pakai macam nie tapi tengok2 yang tua bangka pun nak gak haha(sori yer kutuk). Kalau ada kawan yang keluar dengan saya pakai macam nie bagus lagi saya bawa miaw2(kucing) pegi jalan2, nak gambarkan betapa gelinye saya tengok orang yang dah dewasa tapi pakai macam budak2!
style : Lolita
Nie lagi menakutkan aiyooo....dah macam fesyen mak nenek plak saya tengok huhu. Macam orang yang tinggal di hutan tebal kemudian tiba-tiba muncul di bandar.
style : Mori Girl(Forest Girl)
No idea how to describe this pic(again im speechless bout this fashion haha).
Morninggggg^_^.......ermmm pagi yang indah, saya dapat tengok dari luar tingkap bilik cahaya matahari pagi yang sangat menyenangkan dengan suara kicauan burung dan saya di sini ditemani dengan secawan kopi dan juga beberapa keping roti, kedengaran seperti dalam suasana yang tenang, bukan?
Tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang hari ini tapi diharapkan penghujung hari ini adalah seindah suasana pada pagi ini. Apa-apa pun yang terjadi, diharapkan kita semua kuat untuk mengharunginya. Hidup adalah seperti game explorace, sebelum sampai ke garisan penamat perlu banyak task yang harus diselesaikan, maka jangan terlalu menekan dan tertekan buat saja dengan sebaik mungkin, kalah atau menang adalah bonus tapi pengalaman yang menyeronokkan adalah sesuatu yang kita cari^_^.
I used to love night best but the older I get the more treasures and hope and joy I find in mornings. ~Terri Guillemets
1 cup of morning coffee will make your day eventful
Apa perkara best telah berlaku hari nie yer?hurmmm.....oh ya, bersyukur dapat bangun pagi dalam suasana yang aman^_^, breakfast dengan kawan2 sambil berGOSIPING hehe, kemudian lunch yang yummy wahh what a so blessed day 4 me(thanks God^_^).
Kadang2 banyak perkara kecil yang berlaku dapat membuatkan saya berasa gembira, misalnya hari ini saya telah menolong seseorang yang tidak tahu arah kemudian tolong tunjukkan dia arah, tue juga boleh membuatkan saya berasa sangat gembira^_^.
Ataupun bila saya terjumpa satu benda yang comel yang boleh mengalihkan perasaan sedih saya itu pun akan membuatkan hari saya sangat bermakna haha.....tak susah untuk membuatkan diri berasa gembira asal kita tahu apa yang kita suka kan=)...semoga semua kita berasa gembira hari ini..amen.
COOL & SUPERCUTIE STUFF^_^
Hand made Pretty ribbon with three colors of pink cotton ring
Di dalam melayari kehidupan ini terlalu banyak perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan kita, yelah kan "kita merancang tapi Tuhan yang menentukan". Misalnya apabila kamu berasakan bahawa kehidupan sudah tidak bermakna tiba-tiba akan ada sesuatu yang berlaku dan membuatkan kamu bersemangat semula untuk meneruskan perjalanan sebuah kehidupan. Begitu juga apabila kamu begitu bersemangat untuk melakukan sesuatu pasti ada saja perkara yang akan merosakkan semangat kamu, lantas membuatkan kita berasa sedih, kecewa dan tidak selesa dengan kehidupan. Tapi itu la namanya KEHIDUPAN-sangat unik penuh dengan misteri.
Macam saya, apabila kawan serumah mahu membawa adik dan kawan adik dia untuk tinggal bersama dengan kami berdua selama 2 minggu pada mulanya saya sangat suka, yelah tak la kami berdua kesunyian tinggal di kolej sementara kawan2 serumah yang lain balik bercuti hari raya. Tapi apabila tiba hari yang saya tunggu2 itu, tiba2 saya berasa sangat tidak suka dengan kehadiran mereka, saya berasa tidak selesa malah mahu menumpang rumah kawan yang lain pulak(agak kelakar bukan-mula2 suka kemudian tak suka pula).
Saya berasa sangat derita dengan kehadiran mereka selama 2 hari la, kemudian saya cuba untuk berbual mesra, dan dekat dengan mereka. Sekarang apa yang berlaku.................kami sudah berkawan baik, malah seperti kami adalah sebaya(mereka berdua muda 4 thn), siap buat perkara yang tersangat gila2 la, kami bergurau senda seperti kami sudah bertahun-tahun berkenalan dan berkawan baik. Harap2 la semoga perhubungan yang baik ini akan berkekalan sampai la mereka berdua balik semula ke tempat study mereka, semoga percutian selama 2 minggu ini membawa kegembiraan juga kepada mereka berdua dan juga saya.
Life is a ticket to the greatest show on earth~~Martin H. Fischer
Hari nie bangun pagi, mandi, pergi laundry, breakfast, buka fb then masak tok lunch dan seterusnya, takde aktiviti yang menarikkan??^_^ kehidupan biasa-biasa sahaja, hari-hari yang berlalu juga seperti biasa, mungkin kerana saya adalah gadis yang biasa-biasa saja, melainkan la satu hari bila saya terbangun dari tidur, saya adalah seorang actress terkenal, semestinya setiap hari yang berlalu adalah tersangat sibuk, macam-macam pengalaman yang dihadapi, berjumpa dengan pelbagai orang dan juga penuh dengan pelbagai aktiviti yang sangat menyeronokkan(mungkin!)
Tapi walaupun setiap hari adalah biasa saja dan perkara rutin yang sama setiap hari berlaku tetap juga saya berusaha untuk mejadikan hari saya adalah yang terbaik, tidak sia-sia dan memberi sesuatu pengalaman yang baru. Ada juga perkara yang berlaku dalam setiap hari itu menjadikan saya lebih kuat, bertabah dan lebih matang untuk meghadapi cabaran dihari lain(saya umpamakan hidup ini adalah explorace!)
2 3 hari yang berlalu, classmate saya dulu merangkap kawan lelaki yang agak rapat dengan saya semasa di sekolah menengah merangkap juga pernah menjadi boyfriend(walaupun hanya bertahan 3 hari saja!), ada menghubungi saya. Hubungan kami berdua boleh dikatakan macam Chipsmore, sekejap ada sekejap takde, saya akui saya yang cuba untuk menjarakkan diri daripada dia, bukan apa sebab saya tak nak perkara yang lebih buruk akan berlaku yang akan menyebabkan saya kehilangan dia selamanya!T_T. Dia mengadu dia terlibat dengan accident(selalunya dia akan menghubungi saya apabila setiap kali dia sakit ataupun cedera).
Walaupun masa mula2 hubungan kami berdua tidak begitu baik, saya bertekad untuk lupakan dia terus malah mahu membuang dia jauh2 dari hidup saya tapi apa yang berlaku......................setiap kali itu juga saya gagal untuk melupakan dia, malah walaupun no phone dia saya sudah delete tetap juga saya masih boleh ingat dengan jelas!=(.
"Very easy to fall in love but so hard to forget it or let it go.........."
Pernah juga dia bertanya kepada saya, sama ada saya sudah ada teman lelaki, saya beri jawapan jujur saya belum jumpa lagi yang sesuai, kemudian dia cakap"kamu harus bukak hati kepada yang lain, baru kamu akan jumpa yang sesuai"....haha.....bukan senang untuk membuka hati kepada orang lain, memilih seseorang untuk dijadikan teman yang lebih daripada seorang kawan biasa bukan la sesenang memilih baju yang sesuai dengan kita, bukan?? Mungkin belum tiba juga masanya saya akan bertemu dengan seseorang yang sesuai, takpa saya sangat berkeyakinan suatu hari nanti saya pasti akan menemui MR.RIGHT saya^_^.....Tuhan sudah sediakan saya seseorang yang sesuai cumanya saya perlu bersabar untuk menunggu masa itu tiba kan....
Aiyooooo......bila la saya nak ada duit sendiri nie *sigh*=(. Cepat2 la masa berlalu supaya saya dapat habis study then mula bekerja dan duit pun MASYUKKK!!hehehe.....
Semalam saya terKLIK satu blog fashion yang ada macam2 benda cantik dan sangat2 mengoda keimanan saya haha....
Hurmm....kalau la semua kasut-kasut nie sudah saya miliki ayiooooo memang bersemangat giler saya nak pergi kelas hehe. Hanya dapat tengok saja la T_T.....
Ermmm.....bangun dari tidur petang, badan terasa sakit2(orang bila bersenam badan jadi sihat tapi saya lain pula jadinya, badan sangat sakit dan rasa-rasa macam nak demam la pulaT_T). Kalau ikut rasa hati dan badan yang terasa seram sejuk, padahal cuaca kat luar bukan main panas lagi memang saya nak terus tidur lagi tapi sebab tak nak tertidur sampai ke petang sangat(nanti bila bangun time matahari dah terbenam, pasti nak menangis huhu). So saya pun plan nak buat sesuatu yang fun.....apa lagi buat D.I.Y project la dengan T-shirt hehe......oh ya keadaan di rumah sudah agak ok sikit, saya dan mereka pun dah boleh berborak sakan^_^...
Bahagian Belakang
Bahagian Hadapan
Ta..da......siap sudah^_^. Lupa nak ambil gambar baju T-shirt nie dalam bentuk yang aslinya sebab over excited nak revamp old T-shirt nie jadi sesuatu yang baru....ermmm saya akan pakai nie dengan seluar pendek kaler putih yehoooooo!Lebih santai kalau pergi pantai pakai nie, aiyooo lama sudah tak pergi pantai, mandi-manda walaupun sebenarnya langsung tak pandai berenang hehe. Happy gurl in da world(amen!^_^)