Wednesday, September 29, 2010

HARI YANG BAIK

Hurmmm hari nie, saya dapat banyak sangat pengalaman *banyak yang tersangat banyak^_^. Pertamanya saya dapat pengalaman ala-ala cikgu jasmani kat sekolah, sebab hari nie saya tolong kawan saya kutip data tok tesis dia, kawan saya tue ambik course sains sukan.


Orang kaunseling yang telah bertukar ke bidang sukan haha. Seronok juga buat aktiviti luar, walaupun panas tapi rasa macam bebas jak, tak perlu la nak ngadap ruang segi 4, kat luar nie boleh pandang sejauhmana kamu nak pandang, huh! satu perasaan bebas yang sukar tok digambarkan hehe.








Nie lagi tugas tambahan saya, jadi makcik kantin jual air aiyoooo. Makcik kantin yang berdedikasi nie hak3


Siap segala pengumpulan data, kami pun pulang tapi singgap jap kat kedai makan tok minum2. Oh ya bercakap pasal proses collect data tue, hari nie saya kena bekerja dengan benda2 yang tak pernah saya jumpa lagi, aduhai a bit like a jakun la huhu. Baru saya tau ada alat tok ukur kelenturan badan para atlit, bila saya ukur saya punye kelenturan badan cuma dapat 34cm jer*hurmm aku tak tau macam mana nak terang kat korang macam mana aku boleh dapat amount tue, sebab lupa la pula nak ambik gambar bendalah tue tadi. Banyaklah perkara baru yang saya temui tadi tapi tak tau macam mana nak terang*penyakit betul kan=(

On the way balik kolej kediaman, kawan yang minta tolong saya tok bantu dia collect data tue pun bercerita la tentang hal2 terjadi sebelum dan semasa dia nak pergi kerja lapangan nie, yang mana dia cerita pasal kawan2 lain yang tahu tumpang senang orang lain dan aniaya kawan lain, kawan yang tak tahu bertolak ansur dan tahu memuncungkan mulut saja bila ada hal yang tidak disukai *sigh perkara yang biasa berlaku nie sebenarnya. Saya hairan dan tak faham lah napa ada manusia yang begitu!!, yang selfish sangat2.

Hari nie juga ada orang minta maaf dengan saya pasal hal yang berlaku hampir 2 tahun yang lepas kot*saya pun dah tak ingat lagi hal tue sebenarnya. He's my ex-boyfriend actually. Lama sudah saya maafkan dia sebenarnya, mungkin sebab dia rasa bersalah dalam hal nie so dia masih lagi ingat hal nie, ermm pity you boy! Betapa sakit dan sedihnya saya bila hubungan kiteorang bermasalah, tapi sekarang saya sudah kuat^_^...

ok2 stop mengumpat! sori ya en.Blog, mesti kamu dah nak muntah dengar segala 1000 1 macam hal yang saya cerita kat kamu kan=(....ok, rehat la kamu, esok saya akan bercerita lagi ngeeeeeeeeee^_*



Tuesday, September 28, 2010

NAPA ADA MANUSIA YANG SEBEGITU YER!

Fuhhh lega dah sampai rumah lalalala^_^, dah pukul 11 lebih malam sekarang baru dapat rehat2 kat rumah.

"PERJALANAN AKTIVITI SAYA HARI INI"

Hari nie agak letih sikit la, walaupun kelas ada 1 jer tapi sebab kelas tue bukan kat dalam kampus utama menyebabkan saya kena naik 3 bus tok ulang alik dari kolej kediaman ke kelas then guna 1 lagi bus tok ke kampus baru boleh naik 1 lagi bus tok balik kolej kediaman *dahsyatkan sampai kena naik 3 bus huhu. Habis kelas bukannya terus dapat balik umah, kena lagi urus banyak hal berkenaan dengan tugasan, sampai2 kat umah pun dah pukul 2 lebih then cuba siapkan montaj untuk pembentangan next week, aiyoooo mata ngantuk sangat, tidur jap, tengok2 jam dah kul 7pm, alamakkkk!saya ada perjumpaan untuk Majlis Pra-Graduasi la pula, so dengan malasnye kena la bangun tok mandi dan siap segala huhuhu*letih letih letih=(.

"PERKARA YANG MENJENGKELKAN HARI NIE :P"

Hari nie saya alami dua perkara yang saya rasa agak menjengkelkan dan common sense la. Ada juga ya manusia yang boleh dikatakan bijak pandai la [*yelah kalau dah masuk Universiti kira pandai la tue kalau nak dibandingkan dengan nenek saya yang tak pernah bersekolah] tapi tahap PEMIKIRAN macam budak PRA SEKOLAH! Ceritanye macam nie, ada seorang rakan sekumpulan saya tue, dia sangat2 la suka mengarah orang, sepertinya dia nak semua kerja tue ahli kumpulan selain dia yang siapkan laporan tugasan, dia just nak goyang kaki jer!! Mentang2 la dia pengarah program *hoh...ingat ade title pengarah terus la suka2 nak arahkan orang eiiii yerrrr nasiblah dah tamat program, lega sangat2 takyah jumpa dia lagi. Tapi masalahnye saya masih kena lagi berhubung dengan dia sebab nak minta semua gambar sepanjang program tue berlangsung, sebabnye saya perlukan gambar2 tue tok buat montaj, sampaikan nak minta gambar2 tue pun dia punye la banyak alasan sampai nak tergeliat kot lidah dia bagi 1000 1 macam alasan, saya tak cakap dia tak nak bagi gambar2 tue tapi mungkin dia tak nak buang masa kot tok send folder gambar tue kat pendrive *sigh, tengok seperti tak percaya ada gak orang macam nie kan.....

Nie lagi satu cerita tentang orang yang ada ilmu penuh di dada konon2 tapi langsung tak bertindak, berfikir dan berfungsi sebagaimana yang dijangkakan. Ceritanya begini, memandangkan nie adalah semester terakhir kami bersama sebelum pergi praktikum dan juga konvo so kiteorang bercadang la nak adakan majlis pra graduasi(MPG) tok seramai 176orang batch course counseling 07, dan masalah pun bermula, dengan ada orang nie yang tak bersetuju nak pergi sebab kena bayar mahal*Rm150, ada juga yang tak bersetuju sebab nak siapkan tesis dan ada juga yang tak setuju nak pergi sebab cakap majlis macam tue TAK BAGI MANFAAT DAN NILAI kat mereka *cough & sigh, aduhaiiii memang la majlis macam tue tak bagi manfaat dari segi ilmu sebab tue bukannya kelas pun tapi kalau nak difikir2 majlis sebegitu kiranye mengajar kite bagaimana untuk bergaul, berinteraksi, berkomunikasi dan bersosial dengan orang disekeliling, tambah2 lagi kite nie bakal pendidik yang sepatutnya mempunyai tahap sosial yang baik *bukan sosial yang masalah sosial tue k! Huh...pening la jugak kepala saya bila memikirkan teman2 yang langsung susah sangat diatur, kesian la saya tengok kawan2 yang bersusah payah tok adakan majlis nie, bukan apa majlis sebegini diharapkan dapat dijadikan sebagai kenangan terindah selepas tamat belajar nanti *TUE PUN ADA LAGI YANG TAK TAHU NAPA KITEORANG BERIA-IA NAK MAJLIS NIE!


Ha....tak nak fikir la, lantak mereka la, tak nak pergi sudah, berkawan la dengan monyet2 kat dalam hutan tue, tak pun takyah ambik subjek kaunseling, langsung tak sesuai dengan personaliti orang yang sepertinya anti-sosial :P~~.

Gudnite. Sori mengumpat banyak sangat hari nie huhu.....*Tuhan, maafkan la saya ok=(



Monday, September 27, 2010

Good Morning

Morningggggggggggg^_^.........pagi yang cerah woohoooo lalalala...harap2 tak hujan petang nanti, kalau tak mesti kena demam lagi huhu. Bangun pagi, buat senaman ringkas jap, berus gigi, terpaksa minum coffee  pagi nie*sebabcereal dah abis=(...perkara yang paling seronok bila dapat main2 dengan kucing jap hehe
Kucing terbiar sebenarnya, tapi sebab kiteorang selalu bagi dia makan,so dia pun nak stay ngan kiteorang^_^. Sebetul-betulnye saya tak berapa suka dengan kucing takut kena cakar tapi sebab adik lelaki saya yang bongsu sangat suka dengan kucing siap punggut lagi segala kucing yang terbiar jadi kelamaan saya pun ok jugak dengan kucing *kucing comel la kan, boleh bawa berbual, boleh bawa main2, rasa2nye boleh jadi penganti kawan2 kot hehe...

 Alamakkkk!!dah lambat nie nak pergi kelas, saya belum mandi lagi huhu!!

FLASH BACK

Hari nie isnin, esok selasa, lusa rabu tengok2 dah sampai ahad then berulang lagi hari isnin hurmm begitu cepat masa berlalu, kadang2 kita tak sedar dah sampai hujung bulan, kemudian masuk pula ke bulan yang baru, pejam celik pejam celik dah bertukar ke 1 tahun yang baru pula. Kalau kita tidak menghargai setiap detik setiap hari yang mendatang memang betul2 rugi, sebab ia tak akan berulang lagi, sebab saya berasa sangat menyesal tak mula menulis blog sejak hari pertama saya masuk ke Universiti, kalau tidak boleh la saya berkongsi setiap pengalaman pahit manis yang berlaku sepanjang saya bergelar pelajar universiti.

Sangat banyak pengalaman lucu, sedih, pahit dan manis yang saya alami sepanjang belajar disini, salah satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila2 ialah pengalaman kali pertama naik bus khas yang disediakan oleh pihak universiti untuk kemudahan para pelajar pergi ke pekan, yang mana seorang daripada kawan saya hampir2 pulang dengan berKAKI AYAM sebabnya selipar dia tertanggal bila berebut-rebut nak naik bus aduhaiiii lawak2 hahaha, dia pula dengan selambanye nak terus berkaki ayam balik ke kolej kediaman, kalau la seorang lagi kawan saya tak jumpa selipar dia yang berada kat bawah bus memang sah2 dia balik tanpa selipar hahahaha...

Nie lagi satu citer yang saya rasa sangat lucu la, dan kebetulan kawan saya yang hampir balik dengan berkaki ayam tue juga la yang buat hal. Citer nie berlaku dalam bulan puasa. 1 petang tue, saya dan kawan kaki ayam tue dan 2 orang lagi kawan saya kena pergi jual cenderahati sempena bulan ramadhan [sebab kami ber4 ialah AJK blok kediaman] ke blok kediaman yang lain di seluruh kolej kediaman, jalan punye jalan, kami terjumpa 1 pokok sireh....saya tanya kat mereka ber3 tue, macam mana la rasa sireh, pastu mereka ber3 tue cakap sireh nie rasa pedas, mungkin sebab ekspresi muka saya yang macam tak percaya dengan penjelasan mereka ber3, lantas kawan kaki ayam saya tue tanpa rasa bersalah petik 1 daun sireh then masukkan dalam mulut *masa tue kiteorang terlupa sekejap yang dia tue berpuasa, then sesaat kemudian, kawan saya seorang tegur "eh kamu tak puasa ker?"......."alamak! phuihhhhhh!!"...hahaa....kalau la kawan saya tak tegur memang selamat la daun sireh tue masuk ke dalam perut dia kah3, kami ber4 gelak sampai merah2 muka, sampai terduduk, saya sendiri termuntah-muntah sebab terlampau gelak aduhaiiii, buat lawak betul la kawan saya tue....

Sebenarnya ada 1000 1 lagi kisah lucu sepanjang kami bersama tapi ada yang saya lupa=(.......


Tak pernah2 hias kek, tapi sebab ada kawan yang sudi temankan saya untuk cuba benda yang baru, so ini la jadinya, saya dan seorang kawan saya ikut pertandingan menghias kek, dengan ilmu menghias yang 0 di dada^_^


ini lah hasilnya
-
-
-
-
-
-
-
ta....da.....





Nie satu lagi perkara yang tak pernah saya buat, iaitu cipta tanglung. Sebab nak bagi sokongan kat seorang kawan kiteorang yang merupakan pihak penganjur pertandingan nie, so saya  dan dua orang kawan saya pun cuba nasib la ikut pertandingan nie akhirnya kiteorang berjaya dapat no 1...haha...rezeki2....kalah budak cina yang turut sama ikut pertandingan nie.






 Idea last minute akhirnya menghasilkan ini.

Sunday, September 26, 2010

WEEKEND ACTIVITIES

Aduiiii en.Blog.....keletihan gaban2 nie huhu tapi apa pun sangat gembira kerana 1 program dah lepas tinggal program untuk hari esok dan program hari sabtu depan iaitu pergi Hospital Melaka [buat aktiviti dengan orang sakit mental kat sana]. Nampaknya, minggu nie langsung saya tak dapat nak berehat=(, dah la hari isnin kelas padat pula tueT_T.....huh! Chayok2 bah Sindarela *bagi semangat untuk diri sendiri=), ya patutnya saya kena menghargai setiap perkara yang saya lakukan disini sebelum next sem dah kena praktikum!!!

Sebenarnya walaupun memang sangat letih bila sudah habis buat program [sebab banyak keja kena buat sebelum program berjalan], tapi the end bila dapat feedback yang baik dari peserta program, terus hilang dah segala penat lelah yang saya rasa. Tambah lagi kalau benda yang kita nak sampai tue mencapai matlamat *macam ibu2 yang keletihan menyediakan makanan untuk family tapi bila melihat anak2 dan suami makan dengan penuh selera terus hilang dah keletihan tue.....hah lebih kurang macam tue la perasaan saya bila melihat program yang dijalankan mendapat sambutan yang mengalakkan dari peserta^_^.

Bila flashback balik program2 yang pernah saya jalankan sepanjang belajar disini, banyaknya pengalaman menarik yang saya dapat, misalnya bila kena buat program dengan penghuni serenti punye la takut [termasuk rakan lelaki pun takut haisshhh!:P], tapi the end dapat 1 pengalaman yang berharga iaitu dapat berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan bekas penagih dadah nie [mereka bukanla seteruk yang kita sangka rupa2nya]. Kemudian buat pula program dengan budak2 sekolah, lagi seronok dan lagi banyak pengalaman saya dapat. Sem nie pula kena buat program dengan orang sakit mental [belum tahu lagi apa pengalaman atau peristiwa yang saya akan dapat]

Melalui program2 yang dibuat nie bagi saya apa yang seronoknya adalah  apabila bercakap tentang kerjasama rakan sekumpulan, kalau saya memang bertuah selalu dapat rakan sekumpulan yang gila2, sporting habis, dan selamba jer haha. Bila buat program, macam2 hal yang akan kita alami, percakaran, perselisihan faham atau percanggahan pendapat MEMANG akan berlaku, PASTI SANGAT2!! hahaha....tapi bila dah habis aktiviti atau program kite orang akan kembali normal, takde dah nak masam2 muka^_^.




Sebahagian daripada peserta program~~~~





Antara aktiviti yang dilakukan...mereka kena selesai 3 soalan yang berbentuk pengiraan dan pernyatan dalam tempoh masa 15 minit ^_^

Sebahagian daripada peserta program yang semuanye sangat sporting^_^. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat2 membantu kami sebagai para fasi. Kadang2 kejayaan sesuatu program itu bukan semata-mata bergantung kepada modul atau aktiviti yang dijalankan tetapi peranan para peserta juga memainkan peranan, itu pendapat saya la. Misalnya sebelum nie saya pernah buat program bersama-sama dengan beberapa buah family [sebab program nie adalah under family and counseling subject], aduhaii langsung tak seronok, sebabnya peserta kiteorang tue agak "kedinginan" la haha, bila ingat balik program tue memang sedih sangat. Tapi antara banyak2 program yang pernah saya dan kawan2 conduct, saya paling teruja dan suka dengan program yang kami lakukan bersama-sama dengan pelajar sekolah di sebuah sekolah teknik sekitar Perak, mereka memang sporting habis la, hilang segala penat lelah kami sebagai penganjur bila program tue mendapat sambutan, walaupun untuk program tue memang banyak kami kena berkorban dari segi masa, duit [semua perbelanjaan kena keluar dari pocket money sendiri=( ] dan juga keletihan yang gaban2 [sampai saya demam2 bila abis jer program].


Terima kasih semua muahhhhhhh^_^. Walaupun hujung minggu nie saya langsung tak dapat nak berehat *sigh Huhu...tambah lagi nak siapkan laporan program lagi tue *nose bleeding modeT_T, tapi saya sangat seronok, dapat pengalaman baru, jumpa pula kawan2 baru dan lagi 1 dapat lagi ilmu tambahan sebagai bekalan untuk praktikum next sem^_^ woohooooo.....

Thursday, September 23, 2010

NAK BAGI TAJUK APA YER??

Dear blog,

en.Blog hari nie saya tak nak share dengan kamu citer sedih[sebab mesti kamu dah letih asyik2 dengar citer sedih saya kan=(] tapi hari nie saya nak share dengan kamu semangat positif saya^_^. Saya sangat suka subjek hari iaitu belajar tentang psikologi bilazim-belajar tentang personaliti manusia yang bermasalah yang menganggu kefungsian rutin harian hidup mereka[hurmmm en.Blog terpaksa juga kamu kena dengar lecture saya pula yer hehe]. Kelas tue sebenarnya ada 1 jam saja tapi lecturer jadikan kelas tue 2 jam, kelihatan kawan2 semua dah tak senang duduk haha, mesti perut mereka dah berbunyi2 kriohhhhhhh!tapi saya maintain lagi [nak bagitau saya pelajar yang baik dan berdedikasi haha!], bukan apa, sebab subjek tue saya suka.

Habis kelas saya ada meeting mee segera [maksudnya meeting yang sekejap jer] pula dengan pihak konsultee kiteorang [alamak kecut perut bila sebut pasal hal nie, sebab sabtu nie dah berlangsung program kiteorang tue huhu]. Habis segala urusan dengan pihak konsultee, saya pun balik, sebab petang saya ada taklimat penulisan tesis selama 2 jam [terpaksa la saya skip kelas kaunseling kanak2 =(, subjek yang saya suka juga *sigh]. Saya baru balik dari taklimat penulisan tesis nie, wahhh!saya belajar 1 benda yang baru hari nie, super seronok woohooooo ^_^. Rupa2 nya susah juga nak analisis dapatan kajian tue nanti erk=(, tapi takpa, saya pasti dapat buat [semangat membara nie! hehe].


*berhenti sekejap menulis, kawan datang umah............................................................................................

Wokey, kite sambung balik yer en.Blog, sori2 ar tergantung-gantung menghabiskan citer. *Ermm.....dah lupa la aku nak cakap apa kat kamu tadi en.Blog huhu, pasal lama sangat tergantung citer, hujung2 lupa terus apa yang nak dibagitau=(. Oh ya citer terbaru, esok saya kena temankan kawan saya pergi sekolah untuk buat kerja lapangan la en.Blog, esok takde kelas tapi sebenarnya ada juga la kerja yang perlu saya buat, tapi kalau tolak kesian pula kat kawan saya tue *sigh.....takpa la temankan jer kawan tue, balik dari kerja lapangan tue saya pergi siapkan kerja yang patut saya siapkan la ho en.Blog^_^.....ok, selesai masalah. K la en.Blog saya kena habiskan sampai disini dulu, saya nak buat assignment pula, esok2 kite sambung balik k. Berehatlah kau en.Blog, thanks ya=)

Wednesday, September 22, 2010

Mumble Grumble ^_^

Dear blog,


Hari nie kelas seperti biasa, hanya ada 1 saja kelas *yeyeyeeee^_^ tapi lepas habis kelas ada pula meeting dengan pihak konsultee=( *errr....sabtu nie akan berlangsung program motivasi yang akan dijalankan oleh kami 1 group, peserta ada 100 orang [setakat yang dimaklumkan oleh konsultee masa meeting tadi la], kami pula hanya ada 5 orang jer yang akan jadi fasi *hurppppp, tak tau la macam mana situasi pada hari kejadian nanti. Doa2 semua akan baik2 saja...amen=).

Tengahari tadi terpaksa skip lunch sebab nak rushing pergi meeting=( *laparrrrrr, juz dapat rembat Bun N strawberry milk jer huhu. Yang sakit hatinya bila kawan inform meeting tue ditunda ke pukul 2.30 *grrrrrrrr, nak patah balik pergi kedai makan dah rasa malas lagi pun dah beli pun makanan *sigh=(. Lapar punye pasal tak sampai 5 minit saya dah boleh habiskan 1 bun yang besar N 1 kotak strawberry milk, kalau la bakal mak mentua tengok gelojohnya makan mesti terus cancel punye ambik jadi menantu hahaha.

Habis makan segala, tengok jam masih ada setengah jam lagi, so saya pun ambik kesempatan call mama jap, nak bagitau mama yang rapunzel dah ok sikit keadaan dia supaya mama tak risau sangat. Rapunzel cakap aunty dah ok, tak marah2 lagi, tapi saya nasihatkan rapunzel time mood aunty ok lah dia kena bertindak supaya lebih mudah masalah selesai. Rapunzel cakap dia kena bersabar untuk tempoh 2-3 minggu nie sampailah kelas driving dia tamat *sigh....."rapunzel pity you, but i don't even know what the good ideas to give you".

Mama bagitau dia share masalah nie dengan abak, naruto dan gaara, so dia pun rasa ok sikit sebab ada tempat untuk berkongsi rasa, tak lah dia rasa terbeban sangat sebab terpaksa pikul masalah sorang2 [kalau saya dan rapunzel ada kat rumah, mama sangat senang berkongsi masalah dengan kami berdua, so mama tak stress sangat=(].

Napa hari selalu hujan sejak dua menjak nie erk? Sama macam mood saya juga, agak sedikit emo. Harap2 hari esok lebih baik berbanding hari ini but thanks god for today, U give us our daily bread-enough as we need, U give me strenght-that enough 4 me 2 fight the problem, thanks god 4 everything ya=).

Wokey, time 2 sleep, it already 12pm, tomorrow need more energy- go 2 class, listen 4 lecturer bla bla bla, attend 4 the tesis briefing *huhhhhh....sampai2 rumah pun lebih kurang dalam pukul 7 saya rasa la=(