Tuesday, August 31, 2010

The heart has reasons which the reason cannot be understand.

Dear blog,

Memahami dan difahami adalah dua perkara yang agak sukar untuk dilakukan, kadang2 kita rasa kita sudah cukup memahami seseorang itu tapi sampai satu tahap pula terasa masih ada lagi perkara yang kita tidak faham tentang dia. Hari nie saya juga mengalami perasaan begitu, saya ingatkan saya sudah cukup memahami kawan2 saya tapi rupa-rupanya belum cukup lagi. Bila saya berhadapan dengan masalah saya sangat berharap agar kawan saya dapat memahami keadaan saya. Saya mahu dia boleh menjadi telinga untuk mendengar masalah saya tapi................*sighing*

Saya munasabah sendiri "saya dan orang lain adalah berbeza", jadi saya tidak boleh mengharapkan orang lain adalah seperti saya ataupun dapat memahami apa yang saya mahukan. Walaupun ada sedikit kekecewaan bila orang lain tidak memahami kita tapi apa boleh buat, kita sendiri yang kena belajar untuk memahami diri sendiri itu yang lebih penting.

chayok2!

"The heart has reasons which the reason cannot  be understand" -Blaise Pascal



No comments:

Post a Comment